"Kami Menyokong Kebebasan Palestin" - Zus Coffee Keluar Kenyataan Kedua, Akui Sebelum Ini Tak Cukup Jelas

TERKINI
May 17, 2024 - 04:34 PM


Selepas 21 jam mengeluarkan kenyataan tidak sensitif, jenama kedai kopi tempatan, Zus Coffee akhirnya mengeluarkan kenyataan terbaharu mengenai sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin. 

Dalam permohonan maaf terbaharu hari ini Zus Coffee menambahkan perkataan ‘menentang genosid’ dan ‘sokong Palestin’ selepas netizen menolak kenyataan maaf pertama yang dilihat terlalu umum semalam.

“Kepada pelanggan kami yang dihargai dan komuniti yang lebih luas, kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“Zus Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini,” katanya. 

Rangkaian perniagaan itu juga berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan dan memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai- nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia.

“Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda dalam perjalanan kami untuk terus berkembang dan belajar bersama anda,” katanya. 

Sebelum ini, Zus Coffee telah memohon maaf berkenaan berkolaborasi dengan sebuah jenama sukan terkenal yang dipercayai Pro-Israel. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZUS COFFEE® (@zus.coffee)

 

Sumber: Instagram

Destination: