Peminat Liga Super Garu Kepala Lihat Prestasi Pengadil Biarpun Dengan Bantuan VAR
SUKANIsu mutu pengadilan dalam Liga Super bukan satu isu baharu. Perlawanan yang melibatkan Selangor dan Negeri Sembilan semalam hangat diperdebatkan di kalangan peminat.
Biarpun skuad Gergasi Merah berjaya menjaringkan 4 gol pada babak kedua. namun insiden yang melibatkan jaringan pertama yang 'dibatalkan 'itu menjadi persoalan dan menunjukkan kelemahan pengadil Liga Super.
Pengadilan liga masih jadi persoalan ketika Selangor vs N9.
— MY_Futbol (@MY_Fussball) May 26, 2024
1. Jaringan offside Orozco selepas Fazly Mazlan dikatakan offside ketika terima hantaran Mukhairi.
2. Tiada drop ball walaupun bola terkena pengadil utama, Amirul Izwan. Tercengang Ronnie.
3. Offside dari throw in. pic.twitter.com/iLenr56wJJ
Ciapan dari @MY_Fussball yang menyenarikan beberapa kesilapan dari pengadil pada perlawanan tersebut wajar dipersoalkan. Setiap insiden atau kesalahan yang dinyatakan mampu mengubah corak permainan dan juga keputusan.
Rata-rata peminat bola sepak tempatan berharap ada penambahbaikan dari segi mutu pengadilan dengan adanya bantuan VAR dan kesilapan sebegini tidak akan berulang lagi.