Petronas Buka Stesen Minyak Pertama Di Sao Paulo, Brazil
TERKINISyarikat minyak tempatan, Petronas sudah pun melebarkan sayap perniagaannya di negara Amerika Latin, Brazil apabila sebuah stesen minyak pertama telah dibuka di Sau Paulo, Brazil tiga hari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Projek Perkongsian PETRONAS yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.
"Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini untuk sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.
"Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax," katanya.
Stesen minyak pertama Petronas itu terletak di Kilometer 44 Lebuhraya Castelo Branco, di São Paulo, dipanggil Ecoparada Madero.
Pembukaan stesen minyak itu dengan kerjasama Argenta Group, pengedar bahan api di Brazil dan juga Rede de Postos Monte Carlo, stesen servis dan operasi kelas pertama.
Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya PETRONAS ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.
"Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!
"Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama PETRONAS di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.
"Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini," katanya.
Pada tahun 2022, PETRONAS Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat PETRONAS telah mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia pra-garam.
Berdasarkan sumber, akan ada tiga hingga lima stesen Petronas antara bandar Campinas dan São Paulo.
Congrats Petronas for their first Petronas Fuel Station in Brazil.
— 𝙛𝙖𝙡𝙞𝙦𝙛𝙖𝙝𝙢𝙞𝙚 🍉 (@faliqfahmie) June 18, 2024
Credit: Erik Martimiano da Silva via LinkedIn pic.twitter.com/Bn1NrtOKxz
Sumber: The Vocket