'Guard' Campak Anak Kucing Dalam Longkang Besar Diberi Amaran Keras

TERKINI
June 25, 2024 - 04:40 PM


Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seekor anak kucing di tepi longkang diselamatkan beberapa individu.

Rakaman berdurasi satu minit 56 saat itu meruntun hati ramai orang apabila pemilik video menunjukkan perjalanan proses rawatan anak kucing terbabit di sebuah klinik sehingga akhirnya ia mati

@suzieysignature

 

♬ original sound - 🎧 Lirik Pendek ✅ - caciu11

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan yang didakwa mencampak kucing ke dalam longkang berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, minggu lalu.

@suzieysignature Hai hampa .. kami hope kes ni mampu viral!!!!!!.. hanya pencinta haiwan saja yg paham perasaan tu .. semoga Allah SWT angkat doa2 ku .. aamiinn🤲🏻🤲🏻 Wahai makhluk Allah, jika kau beterbangan menjadi debu dan berjumpa Tuhanmu, ceritakan padaNya betapa kejam sesetengah manusia... minta padaNya azab yg maha hebat utk si pelaku di dunia dan akhirat! #fyp #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #kucingtiktok #Kucing Oren Fyp Viral Sekarang #kucingmati #kucingmati😭 #justiceforlarkie ♬ bunyi asal - ZURAINI MUHAMMAD - ￶

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan dibuat oleh seorang wanita berusia 52 tahun pada 11.30 pagi, 18 Januari lalu.

Beliau berkata, pengadu yang juga pegawai kanan sebuah stesen televisyen mengatakan melihat seorang pengawal keselamatan mencampak seekor kucing ke dalam longkang di belakang bangunan pejabatnya.

"Pengadu meminta bantuan daripada pekerja pembersihan untuk mengambil anak kucing terbabit dan dibawa ke sebuah klinik veterinar di Mutiara Damansara untuk rawatan.

"Pengadu turut membuat laporan untuk bantuan polis memberikan amaran kepada individu terbabit supaya tidak melakukan perbuatan buruk kepada kucing lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Shahrulnizam berkata, polis yang menjalankan siasatan memanggil pengawal keselamatan terbabit dan memberi amaran keras.

Katanya, laporan kes itu turut dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

Destination: