Suami Tak Izin Abang JNT Hantar 'Parcel' Ke Isteri Di Rumah Jika Dia Tiada
TERKINIMasa kini, ramai yang gemar membeli barangan secara atas talian di pelbagai platform e-dagang yang tersedia. Mana tidaknya, dengan lambakan pilihan dan juga pelbagai promosi yang ditawarkan trend pengguna ini tidak akan perlahan dalam waktu yang terdekat.
Namun siapa sangka, dengan lambakan 'parcel' yang perlu dihantar oleh abang-abang courier kita ni ada juga yang terpaksa berdepan dengan kerenah penerima barang yang cukup lain dari yang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang suami bersama abang courier.
Menerusi perbualan antara suami dan abang courier itu, dia meluahkan rasa tidak setuju kalau abang courier menghantar parcel kepada isteri apabila dia tiada di rumah. Alasannya ialah dia takut perkara tersebut mengundang fitnah.
"Aku dah cakap dengan bini aku, aku tak izinkan siapa-siapa yang hantar barang tanpa aku. Jadi kalau nak hantar barang. Lepas ini pastikan aku ada sebab aku suami dia." tulisnya.
Namun, Abang courier itu menjelaskan dia cuma menjalankan tugas dan amanah buat dirinya sahaja.