"Ini Baru Level International" - Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Raih Pujian
SUKANSebelum ini, isu tentang pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk sukan Olimpik 2024 di Paris telah menjadi bualan hangat ekoran rekaan yang dikatakan ala kadar dan tidak menarik.
Hal tersebut menyebabkan muncul kritikan dan hentaman teruk daripada orang ramai terhadap pakaian yang ditaja oleh Yonex Sunrise Malaysia itu.
Terbaru, Majlis Paralimpik Malaysia telah memperkenalkan baju seragam untuk atlet yang bakal mewakiili negara ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.
Berbeza dengan pakaian atlet olimpik, rekaan yang diasaskan dari warna Jalur Gemilang dengan baju berwarna putih serta dihiasi dengan corak belang berwarna biru, merah dan kuning itu jelas menerima reaksi positif dari orang ramai.
Pakaian rasmi tersebut diperkenalkan bersempena pelancaran 50 Days Countdown Paris 2024 Paralympic Games oleh Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.
Difahamkan, pakaian tersebut adalah hasil berkolaborasi dengan sebuah jenama iaitu Nerves Malaysia.
Bukan setakat memuji, malah ramai juga warga maya yang berminat untuk membeli set pakaian tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang memuji keputusan yang dibuat oleh pengurusan atlet paralimpik dengan penghasilan rekaan pakaian rasmi tersebut. Sokongan buat atlet paralimpik turut bertalu-talu dilontarkan menerusi ruang komen.
Sumber: Instagram & The Rakyat Post