"Tolong Jangan Normalisasikan" - Tindakan Lelaki Pakai Skirt Buat Netizen Nak Termuntah

TERKINI
July 11, 2024 - 04:25 PM


Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini terutama untuk golongan anak muda mengambil video bagi memperagakan outfit of the day (OOTD). 

Namun, lain pula yang berlaku terhadap seorang lelaki yang menerima kritikan dan kecaman orang ramai dek kerana pakaian yang dipakainya. 

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat memakai skirt wanita dan menggunakan beg tangan dalam sebuah video yang menunjukkannya merakam diri sendiri ketika berada di satu lokasi yang tidak diketahui.  

Penampilan tersebut telah mencetus rasa kurang senang orang ramai selain berharap agar trend berkenaan tidak tular dan menjadi ikutan di negara ini. 

Bukan itu sahaja, rata-rata orang di ruangan komen menentang fesyen sebegini dan memohon ianya tidak dinormalisasikan.

Mereka juga meluahkan rasa mual melihat orang lelaki memakai skirt yang sinonim dengan pakaian kaum wanita. 

 

Sumber: X

Destination: