"Nak Tengok Bibir" - Ustaz TikTok Paksa Wanita 'On' Kamera Untuk Betulkan Bacaan Al-Fatihah
TERKINISebagai umat Islam, sudah menjadi kewajiban untuk membaca kitab suci al-Quran dengan tajwid yang sempurna. Hal ini kerana sebutan tajwid atau bacaan salah boleh menyebabkan petikan ayat al-Quran disebut membawa maksud yang lain daripada asalnya.
Terbaru, tular satu hantaran di media sosial tentang seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Tido telah memaksa seorang wanita untuk memdedahkan wajahnya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.
Ustaz tersebut bertindak sedemikian kerana wanita yang dikenali sebagai Ira enggan memasang kamera sewaktu diminta untuk membaca surah Al-Fatihah.
“Awak faham tak apa saya cakap ni? Awak dalam room jodoh boleh pula buka kamera ya? Dalam room baca ayat al-Quran awak tak buka?
“Apa hal awak nie? Awak faham tak? Silakan buka kamera cepat. Sifu suruh awak buka kamera,” kata ustaz tersebut dalam nada memaksa kepada wanita itu.
Nak ajar mengaji tapi kena tunjuk muka baru boleh mengajar. Taktahu memang betul Ustaz ke apa dia ni 🤔 pic.twitter.com/aShx1dH9Oj
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) July 11, 2024
Selepas ditegur, Ira berkata kamera peranti digunakan rosak dan tidak dapat membukanya. Namun lelaki berkenaan tetap berkeras meminta wanita tersebut mengikut arahannya.
“Saya nak baca surah al-Fatihah je ustaz. Boleh? Tolonglah saya nak baca sekali je,” kata Ira.
Wanita tersebut dalam masa sama berkata ustaz berkenaan bersikap tidak adil kerana mendakwa pelajar sebelumnya tidak diarahkan untuk membuka kamera.
Ustaz itu bagaimanapun memohon maaf kerana jika boleh dia ingin wanita tersebut membuka kameranya.
Tidak lama selepas itu, seorang individu yang dipercayai ‘Sifu’ kepada ustaz tersebut turut menyertai live berkenaan dan memaklumkan tujuan meminta membuka kamera kerana ingin melihat gerak bibir sewaktu bacaan dilafazkan.
“Assalamualaikum Ira, Ira ustaz minta buka kamera kerana nak tengok mulut, gerakan bibir bila kita baca,” katanya lagi.
Ustaz tersebut turut mengatakan jika tidak membuka kamera bimbang ia individu itu tidak dapat mempelajarinya secara lengkap.
Menurutnya, terdapat beberapa pengguna media sosial sebelum ini yang belajar separuh jalan dan ia boleh menyukarkan mereka untuk membetulkan bacaan berkenaan.
Tindakan ustaz tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen yang mana rata-ratanya curiga dengan pendekatan yang dilakukant dalam mengajar ilmu agama.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan tindakan ustaz tersebut kerana berpendapat tiada keperluan untuk membuka kamera hanya kerana ingin mengajar sebutan yang betul.
Malah, mereka mengatakan ramai pendakwah lain yang turut membetulkan bacaan orang menerusi pendengaran seperti dalam program yang diadakan di televisyen, radio dan sebagainya.
Sumber: X & The Rakyat Post