Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Lelaki Didakwa Kekasih Direman 7 Hari
TERKINIJuly 16, 2024 - 10:06 AM
Tanda tanya tentang keberadaan Nur Farah Kartini yang telah hilang pada 11 Julai dahulu akhirnya terjawab semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.
Terkini, seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini bagi permohonan reman.
Suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini tersebut tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis. Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Destination: