Wartawan Rasa Tiupan Angin Di Lokasi Pembunuhan, Da’i Hadhari Pesan Jaga Akidah

TERKINI
July 19, 2024 - 04:20 PM


Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pengamal media berkongsi satu pengalaman di mana dia merasakan tiupan angin selepas pasukan penyelam polis berjaya menjumpai telefon milik mangsa bunuh, Nur Farah Kartini menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Ketika kejadian, wartawan tersebut menerusi mendakwa tiupan angin itu seolah-olah tanda ‘terima kasih’ Allahyarham kepada pasukan penyiasat yang bertungkus-lumus mencari barang peribadi mangsa.

@iffahnurdini_ Pengalaman abang wartawan semasa phone arwah Nur Farah Kartini dijumpai. #justicefornurfarahkartini ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

Bagaimanapun menurut pendakwah dan penyampai radio, Tajdid Hadhari, orang ramai diminta menjaga akidah dan tidak mudah percaya dengan sebarang kejadian aneh.

“Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah, hormati roh arwah. Doa yang baik-baik,” tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok, Kelantan, Dr. Mohd Khairulnazrin Mohd. Nasir berkata, apabila manusia telah meninggal dunia, rohnya terus ke alam Barzakh, sama ada jasadnya dikebumikan atau tidak.

Ujarnya, mana-mana individu jangan sesekali membuat andaian palsu tentang perkara ghaib, termasuk keadaan roh manusia.

“Satu lagi nak pesan, jangan bermudah-mudah dalam mengambil ilmu agama daripada orang yang tidak diketahui latar belakang keilmuannya, lebih-lebih lagi berkaitan akidah.

“Akhir sekali, jangan terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam cerita hantu,” tulisnya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

.

Destination: