Ranking FIFA: Malaysia Pasukan Ke-4 Terkuat Di Asean, Manakala Thailand Kekal Nombor 1

SUKAN
July 19, 2024 - 03:09 PM


Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan kemaskini terbaru terhadap Ranking Dunia selepas berakhirnya saingan Kejohanan Eropah UEFA (EURO), Copa America dan Piala Negara-Negara OFC.

Kemaskini itu menyaksikan Harimau Malaya merekodkan satu anak tangga biarpun tidak turun beraksi dalam mana-mana perlawanan antarbangsa selepas kemaskini pada 20 Jun lalu. 

Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan, Thailand kekal selaku pasukan No.1 ASEAN namun terkeluar daripada kelompok 100 pasukan terbaik dunia apabila merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikannya berada pada ranking ke-101 dunia. 

Ianya diikuti oleh Vietnam di tempat kedua yang meningkat satu anak tangga dan menghuni ranking ke-115 dunia.  

Manakala Malaysia yang kini dipimpin oleh Pau Marti Vicente menggantikan Kim Pan-gon menduduki ranking ke-134, naik satu anak tangga berbanding kedudukan sebelum ini. 

Kedudukan tersebut menjadikan Malaysia pasukan ke-4 terkuat di benua Asia Tenggara.

Untuk makluman, kemaskini Ranking Dunia yang berikutnya akan dilakukan FIFA pada 19 September 2024.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

 

Sumber: X & Instagram

Destination: