"Patut Zip Mulut" - Peguam Tegur Alif Teega & Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Ditahan SPRM
TERKINISeorang peguam tampil memberikan pandangannya dan teguran kepada pasangan pempengaruh selepas mereka berkongsi pengalaman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
@ohmymedia.cc Positif betul mereka. Sampai menu makanan pun diorang share tau😊 #ohmymedia #ommbest #videoviral #selebriti #alifteega #aisyahhijanah ♬ original sound - Oh My Media
Peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu berpandangan Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari tidak sepatutnya membuat siaran langsung dan berbincang mengenai perkara itu.
“Ini pandangan peribadi saya sebagai peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ (tutup) mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman.
“Tidak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya. Mungkin niat mereka untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional, tetapi tidak ya,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok semalam.
Peguam itu berkata, tindakan pasangan tersebut boleh menimbulkan salah faham orang ramai selain menganggap status orang yang disyaki (OYDS) adalah suatu yang tidak membebankan.
“Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutama kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.
“Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP? Apa gunanya reman?,” soal peguam tersebut.