Masak Maggi Menggunakan Seterika di Asrama?

GAYA HIDUP
July 29, 2024 - 10:28 PM


Seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa memperlihatkan bagaimana dia memasak mi segera dengan cara yang cukup kreatif iaitu menggunakan seterika.

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan juga dalam mendapatkan sumber air panas lalu digunakan buat memasak mi segera?

Di dalam video itu, pelajar tersebut menuang air pada dasar seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir dilihat bertukar menjadi panas lalu melembutkan mi segera yang berisi di dalam bekasnya.

@123abcdef.u Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp ♬ original sound - Saham Akhirat.

Pelajar itu juga sempat memberi pesanan untuk menggunakan seterika yang baharu dan bukannya dalam keadaan karat kerana takut dijangkiti kuman pula. Dia menambah lagi yang anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan betul.

Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa ada cara lain lagi untuk memasak maggi dengan menggunakan seterika yang biasa dibuat oleh pelajar asrama.