Malaysia Masih Berlembut Sedangkan Kerajaan Filipina Semakin Berani Menuntut Sabah

TERKINI
July 29, 2024 - 11:04 PM


Kerajaan Sabah menggesa Wisma Putra memanggil Duta Filipina di Malaysia untuk memberi amaran kepada kerajaan negara itu berhubung isu kedaulatan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata langkah itu perlu dilakukan segera kerana rakyat Sabah telah diberikan janji keselamatan dan perlindungan semasa penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 (MA63).

Sabah gesa Wisma Putra panggil Duta Filipina

"Sabah adalah negeri yang berdaulat dan perkara ini telah diselesaikan sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tentang keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah di dalam peta pasport negara itu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, Wisma Putra tidak boleh berlembut lagi kerana pihak berkuasa Filipina mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.

"Sabah adalah negeri merdeka di dalam Persekutuan Malaysia melalui MA63 yang telah diterangkan dan diterima oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Berikutan itu, walau apa cara sekali pun, Filipina tidak mempunyai asas, sejarah atau lunas perundangan untuk membuat tuntutan ke atas Sabah," katanya.

Beliau dalam pada itu melahirkan kekesalan terhadap Filipina yang telah bertindak bertentangan dengan semangat ASEAN dan prinsip asas saling menghormati kedaulatan, kesaksamaan dan integriti wilayah masing-masing.

Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra

Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Ketika ini pihak Kementerian ingin menegaskan pendirian sekian lama Kerajaan Malaysia bahawa Sabah, sentiasa sebahagian daripada negara ini, dan Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan daripada pihak luar.

“Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara ini, sejak penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

“Rakyat Sabah juga telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination rights) mereka melalui Suruhanjaya Cobbold 1962,” menurut kenyataan itu lagi.

Wisma Putra berkata, Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, dan akan memastikan kedaulatan Malaysia, integriti wilayah dan kepentingan nasional akan terus dilindungi.

Sumber: Astro Awani