Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang Ditahan Bersama Kekasih Warga Asing

TERKINI
August 09, 2024 - 03:23 PM


Sebelum ini tular seorang pemain bola sepak amatur daripada pasukan Farouk FT apabila didakwa membawa senjata seperti kerambit ketika di dalam satu perlawanan bola sepak.

Suspek yang dipercayai mengacukan objek tajam dalam insiden perselisihan semasa perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, Isnin lalu, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun.

Beliau berkata, penahanan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang, Selangor, pada jam 6.30 petang.

"Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini.

Katanya, teman wanita pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.

Destination: