Pemain Bola Bawa Kerambit Rupanya 'Wanted' Untuk Kes Baling Molotov Cocktail Di Kelab Malam
TERKINIPolis mengesahkan suspek yang membawa kerambit ketika perlawanan bola sepak baru-baru ini adalah suspek sama terbabit kejadian membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan pada 9 Mei lalu.
Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi tadi.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 10, 2024
Sumber: Video tular pic.twitter.com/besrU4Iv8P
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara itu disahkan menerusi hasil siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pengecaman.
Beliau berkata, susulan itu, suspek berusia 22 tahun itu akan dituduh esok masing-masing mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Senjata Berbahaya, Seksyen 336 (perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain) dan Seksyen 435 perbuatan khianat dengan api.
“Dia (suspek) ini ada ‘wanted’ (dikehendaki) berkait satu kes iaitu kes baling molotov cocktail (bom petrol) di depan pusat hiburan. Inilah orangnya.
“Insya-Allah esok suspek akan dituduh bagi kedua-dua kes di Mahkamah Kuala Lumpur,,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE