Pinn Yang Raikan Kemenangan Dengan Derma RM50,000

HIBURAN
August 12, 2024 - 06:12 PM


Bagi meraikan kemenangan sebagai TikTok Shop Creator of the Year, pempengaruh media sosial, Pinn Yang akan mendermakan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Chow Kit.

Menurut Pinn Yang, derma tersebut adalah bagi mewakili semua individu yang sudah mengundinya sehingga diumumkan pemenang bagi kategori itu pada TikTok Awards 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

“Pertama sekali, saya akan beri derma sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Chow Kit mewakili semua yang sudah undi saya.

“Memang nak kongsikan benda baik dan kenduri juga satu idea yang baik, boleh saya jemput semua pengikut akaun media sosial ke majlis tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas TikTok Awards 2024 di sini, semalam.

Destination: