Tauliah Mengajar Ditarik, Ustaz Don Ada 14 Hari Untuk Rayuan - JAIS

TERKINI
August 13, 2024 - 06:39 PM


Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid diberikan tempoh 14 hari bagi membuat rayuan susulan penarikan tauliah mengajarnya di Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, tempoh rayuan tersebut adalah daripada tarikh surat penarikan tauliah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor pada 31 Julai lalu.

Ini bermakna tarikh terakhir bagi tempoh 14 hari tersebut adalah 20 Ogos ini.

“JAIS mengesahkan tailiah mengajar negeri Selangor terhadap Ustaz Don Daniyal telah ditarik menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai lalu.

“Keputusan penarikan tauliah mengajar tersebut dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Destination: