Penumpang Lelaki Bakal Didenda Bila Guna Gerabak Pink – Anthony Loke

TERKINI
August 15, 2024 - 05:49 PM


Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka peraturan baharu untuk mengenakan denda keatas lelaki yang didapati menceroboh koc merah jambu dalam pengangkutan awam yang diperuntukkan khas kepada penumpang wanita.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pada masa sama, operator perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Transit Aliran Massa (MRT) turut diminta untuk meningkatkan pemantauan terhadap koc-koc wanita berkenaan.

“Kami sedang merangka peraturan untuk mengenakan denda. Buat masa ini, tiada peraturan kita boleh mendenda lelaki yang mengabaikan gerabak wanita yang ditetapkan,” katanya dalam satu sidang media.

Anthony Loke berkata lelaki harus menghormati gerabak wanita ini, yang membolehkan penumpang wanita melakukan perjalanan dengan selamat dan selesa.

Destination: