"Mana Korang Sebelum Ni?" - Speed Kagum Dengan Perangai Sebenar Rakyat Malaysia

SOSIAL
September 18, 2024 - 03:20 PM


Semalam, ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan kehadiran streamer no.1 dunia IShowSpeed. Sempena jelajah Asia Tenggara, Speed turut memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi pilihannya. Kehadiran bintang sensasi internet itu sememangnya dinantikan.

Sebaik sahaja dia tiba di Kuala Lumpur, maka berlangsunglah sesi livestream yang ditunggu-tunggu. Dia memulakan sesi livestream-nya di sekitar pusat bandar. Namun, pada awal sesi livestream tersebut Speed dikerumuni peminat yang sangat agresif sehingga membataskan pergerakannya.

Sesi livestream  yang ditonton hampir 120 ribu itu mendapat reaksi yang pelbagai. Ada yang kecewa dengan reaksi peminat yang terlampau teruja sehingga gagal mengawal diri. Namun ada dakwaan mereka yang beritindak agresif adalah pelancong dan warga asing.

Pada penghujung sesi livestream  tersebut, Speed membuat perhentian terakhir di satu gerai burger demi merealisasikan impiannya untuk menikmati seketul burger Ramly. 'Crowd' yang berada di gerai burger tersebut kelihatan lebih tenang dan memberi ruang buat Speed.

Susulan itu, dia berasa kagum dan bertanyakan di manakah crowd ini sebelum ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang berjaya mengawal diri dan menjaga nama baik negara! 

Destination: