Pekerja Restoran GISBH Nafi Hidang Makanan Dari Air Rendaman Kaki & Janggut

TERKINI
September 18, 2024 - 04:47 PM


Sebelum ini tular beberapa dakwaan yang menjijikkan melibatkan restoran di bawah naungan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Pekerja Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala, Kuala Lumpur tampil dengan bersumpah menafikan restoran itu meletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya dalam makanan yang dihidangkan pada pelanggan

Menerusi rakaman video berdurasi 46 saat itu, empat pekerja terbabit menjelaskan perkara itu tidak benar seperti yang tular di seluruh negara.

@ikhwandelightssp Akuan sumpah, penafian dan kenyataan dari Restoran Ikhwan Delights Sg Penchala, Kuala Lumpur. Berkenaan tuduhan, tohmahan dan fitnah keatas Syarikat GISBH meletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya didalam makanan. #GISB #GISBH #GISBHoldings #GlobalIkhwan #Ikhwan #ikhwandelights #arabian #italian #western #asian ♬ original sound - Ikhwan Delights Sg Penchala

Menurut mereka, restoran itu berdaftar di Kuala Lumpur bawah bimbingan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Kami menafikan tuduhan yang dibuat dan dilemparkan berkaitan beberapa isu yang diperkatakan di Malaysia.

"Kami berani bersumpah atas nama Allah dan Rasul, 'Wallahi Wabillahi Watallahi'," katanya.

Menerusi video itu juga, mereka menjelaskan segala keterangan bersumpah itu benar dan sedia menerima hukuman daripada Allah.

"Jika kami berbohong Allah akan melaknat kami walaupun dengan isu ini kami akan terjejas dan terkesan."

 

Destination: