Nak Rasa Dessert Korea? Jom Ke Hanbing Korean Dessert Cafe

FOODIE
July 03, 2017 - 04:22 PM


Terletak di Bangsar, Kuala Lumpur Hanbing Korea Desert Cafe merupakan salah satu cafe yang cukup popular bagi peminat Korean Food. Selain dessert yang gempak dan unik di sini juga menyediakan beberapa makanan korea yang cukup sinonim dengan orang kita.

Cukup istimewa cafe ini menawarkan pelbagai bingsu yang sangat sedap. Sehingga orang ramai sanggup beratur hanya untuk merasa hidangan bingsu ini. Paling popular dan laris adalah bingsu durian. Bukan sebarang durian yang di gunakan tapi durian jenis musang king. Jadi tak hairanlah mengapa orang ramai sanggup beratur lama-lama semata-mata untuk menikmati hidangan ini.

 

Durian Musang King Bingsu Snow Ice – RM33

 

Selain bingsu durian disini juga menawarkan bingsu Blue Berry dan Cheese Cake Binsu Snow Ice (RM26), Manggo Bingsu Snow Ice (RM24), Oreo Snow Ice (RM24), Injeolmi Red Bean Snow Ice (RM24),  Injeolmi Snow Ice (RM22), Green Tea Snow Ice (RM24).

Selain dari bingsu di sini juga menyediakan pakej steamboat di mana pelanggan boleh memasak sendiri makana korea mengikut citarasa masing-masing. Tapi jangan risau setiap menu disediakan tip-tip dan cara-cara memasak untuk memastikan masakan anda itu boleh di makan dengan sedap.

Paling popular adalah set TOPOKKI. Untuk set ini ada 3 jenis hidangan iaitu Beef, Seafood dan Chicken. Sesuai untuk di makan 4 org.

 

 

Hanbing Korean Dessert Cafe

  • 33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Operation Hours:

  • Mon-Thurs: 12:00-00:00
  • Fri-Sat: 12:00-01:00
  • Sun: 12:00-00:00

Website : hanbing.my

*Kini Hanbing Korea Dessert Cafe juga di buka di IOI City Mall Putrajaya

Destination: