Sneaker Adidas Yeezy Zebra Gaya Hidup Stylo Orang "Ada-Ada"
GAYA HIDUPBaru-baru ini aku banyak ternampak beberapa rakan traveler aku bergaya sakan dengan Kasut Yeezy Zebra. Memang nampak simple dan exclusive bersesuain dengan harganya.
Bagi mereka yang berminat tak salah nak bergaya asalkan berkemampuan. Jangan jadi "biar papa asal bergaya" sebab taraf hidup semakin meningkat.
Kasut ni begitu trending buat masa sekarang. Boleh buat gaduh jika tak kena gaya disebabkan kasut ni. Baru-baru ini pun kecoh apabila 2 orang peminat sneaker dari China membeli semua kasut Adidas Yezzy.
Harga sepasang kasut ni paling murah pun dah RM4K. Huh, Mahu fikir 2 kali untuk aku memiliki kasut ini.
Baru-baru ni juga viral pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya memakai Adidas Yeezy Zebra semasa ke konsert Adele di Perth Australia.
Bagi mereka yang berminag boleh membuat tempahan menerusi aplikasi ‘Confirmed’ yang boleh dimuat turun di Android dan iPhone.