G-SHOCK X Robert Geller ‘Midnight In Tokyo’ Pasti Akan Menawan Hati Anda

GAYA HIDUP
July 06, 2017 - 05:23 PM


Secara jujur aku bukanlah peminat G-SHOCK tapi yang pasti aku seorang peminat jam tangan. Walaupun bukan peminat untuk siri G-SHOCK tapi bila tengok keluaran edisi Robert Geller ‘Midnight In Tokyo’ buatkan aku secara tiba-tiba jadi peminat utnuk G-SHOCK. 

Untuk koleborasi ini Robert Geller memilih tema "Midnight In Tokyo" kerana rasa cintanya pada bandar Tokyo.

GST200RBG-1 ini hadir dengan band besi, casing dan button bewarna hitam mati dengan sedikit warna emas dan jarum bewarna dark fuchsia. Gabungan warna ini menurut Geller mencerminkan elemen bandar Tokyo di waktu malam di samping mengekalkan imej minimalis jam ini.

Fokus utama untuk kelebihan edisi kali ini adalah ketahanan hentakan dan water resistancesehingga 200 meter, auto illuminator lampu LED, world time (sebanyak 31 negara), alarm, stopwatch, countdown timer dan format jam 12/24. Menarik bukan?

Harga kali ini bagi aku agak mampu milik jika dibandingkan dengan edisi G-SHOCK maharishi. Jam ini dijangka dijual pada harga USD420 (lebih kurang RM1,800) dan bakal dijual secara online bermula bulan Julai dan retailer G-SHOCK yang terpilih. Sementara itu untuk retailer di Malaysia masih belum pasti. Harap-harap adalah. Nak juga angkut sebijik.