3 Kali Bercerai DS Vida Buka Sesi "Interview" Untuk Cari Calon Suami Baru

GAYA HIDUP
July 19, 2017 - 09:59 AM


Dato Sri Vida bukan satu nama asing lagi di negara ini. Ada sahaja gelagat dan "projek" DSV untuk mencuit hati peminat. Walaupun sentiasa nampak ceria, usahawan wanita yang berjaya itu juga tidak boleh lari dengan dugaan hidup yang menimpanya.

Terbaru DSV sudah pun melancarkan single pertamanya di youtube yang berjudul "I Am Me" Sebuah lagu ciptaan Edry KRU ini sudah mula meniti di bibir natizen, Walaupun pada awalnya ramai yang mempertikaikan keinginan beliau untuk bergelar seorang penyanyi tapi DSV bukanlah orang yang mudah berputus asa. 

Sehingga kini lagu I am Me disambut baik dan video lirik sudah mencecah lebih 600K dalam masa 5 hari. 

Baru-baru ini DSV memuat naik status di Instagramnya tentang peluang kepada natizen untuk menjadi cinta barunya. Mungkin dalam nada bergurau DSV juga menyatakan beberapa ciri-ciri idamannya untuk di jadikan suami.

Antaranya mestilah seorang yang kuat berusaha, jujur, amanah, kacak dan juga orang bisnes. 

Bagi mereka yang berminat mungkin boleh cuba menghantar resume kepada beliau. mana tau ada jodoh kan? Siapa yang tak nak wanita bekerjaya macam DSV? Senang hidup nanti. Eh!

Tak apa lah Dato jodoh pertemuan milik Allah. Walaupun gagal dalam perkahwinan tetapi Dato tak pernah gagal dalam mencuit hati peminat Dato. Semoga terus berjaya dan jumpa cinta baru dan berkekalan ke Jannah. 

Kami doakan yang terbaik buat Dato.