Betul Ke Kapal Titanic Tak Pernah Tenggelam di Lautan Atlantik? Atau hanya Sekadar Konspirasi?

GAYA HIDUP
August 01, 2017 - 09:15 AM


Kapal Titanic mungkin merupakan satu tragedi yang membawa dunia dalam kesedihan. Disebalik kapal yang gah dan terbesar dalam sejarah dunia namun suratan takdir kapal ini akhirnya karam di Lautan Atlantik. Terlalu banyak cerita di sebalik tragedi ini. Namun adakah ianya sekadar konspirasi atau pun suratan yang sudah di takdirkan?

Ikuti ulasan dari "Titanic Ship That Never Sank" sebulah naskah yang menceritakan kenapa Kapal Titinic tidak pernah karam di Lautan Atlantik.

Karamnya The Titanic

Kapal yang dikatakan tidak akan pernah tenggelam yang dibina oleh Harland dan Wolff di Ireland untuk syarikat The White Star Line itu dilancarkan pada tanggal 31 Mei 1911. Setelah hampir setahun dilancarkan, kapal mewah itu akhirnya siap selepas pada 2 April 1912. 8 hari kemudian, ia melancarkan ekspedisi pertamanya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat.

Namun, setelah hampir 2 minggu berlayar, satu insiden tidak diingini berlaku di mana sejarah mengatakan bahawa kapal ini telah terlanggar sebuah iceberg yang telah membuatkan kapal itu bocor dan dimasuki air, pada 14 April 1912. Disebabkan kerosakan yang serius, akhirnya kapal itu tenggelam 2 jam 45 minit selepas perlanggaran.

Daripada jumlah keseluruhan penumpang dan krew sebanyak 2,224 orang, lebih daripada 1,500 orang dianggarkan telah terkorban.

Tenggelamnya kapal megah itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan faktor-faktor yang menyebabkannya tenggelam. Antaranya adalah kapal itu berlayar terlalu laju kerana ingin membuat rekod kelajuan untuk trip itu yang dikemudi oleh Kapten Edward Smith. Namun, arahan itu dikeluarkan oleh pengerusi The White Star Line sendiri, Joseph Bruce Ismay.

Sebab lain adalah kerana menara pemantau tidak mempunyai binokular dan tiada laporan mengenai kelihatannya iceberg ketika pelayaran itu.

The Olympic, kapal sebelum The Titanic

Sebelum penghasilan The Titanic, sebuah kapal telah dibina oleh syarikat yang sama iaitu The Olympic. Rupa bentuk kedua-dua Olympic dan Titanic hampir sama. Pada 14 Jun 1911, kapal Olympic memulakan pelayaran sulungnya. Namun, ketika pelayarannya yang kelima, kapal Olympic telah terlanggar kapal HMS Hawke berhampiran Pulau Wight.

Walaupun mengalami kerosakan, kapal The Olympic berjaya kembali ke pelabuhan. 

Hubungan antara The Olympic dan The Titanic

Jadi, apa kaitan antara kapal Titanic dan Olympic ini? Seorang penulis, Robin Gardiner telah mengeluarkan antara satu idea konspirasi yang sangat mengejutkan sehingga kini melalui bukunya "Titanic Ship That Never Sank", iaitu kapal yang tenggelam pada tengah malam 14 April 1912 itu bukanlah kapal The Titanic, tetapi kapal The Olympic. 

Idea-idea ini bukan lah baru namun telah dipopularkan oleh Robin melalui bukunya. Robin mengatakan kapal yang tenggelam pada insiden tersebut adalah Olympic yang menyamar sebagai Titanic, dan disebabkan

Kemalangan yang dirancang

Beliau juga mengatakan bahawa tujuan penyamaran dan kemalangan itu adalah untuk mendapatkan wang pampasan daripada syarikat insurans. 

Sewaktu perlanggaran antara kapal Olympic dengan HMS Hawke, kerugian terpaksa ditanggung oleh syarikat White Star Line. Syarikat ini terpaksa membayar yuran guaman, kos pembaikan dan juga kerugian kerana Olympic tidak dapat berlayar.

Bukan itu sahaja, syarikat insurans yang bertanggungjawab, Lloyd London, juga dikatakan tidak mahu membayar wang tuntutan yang menyebabkan kelewatan pembaikan Olympic dan juga pelayaran sulung Titanic tertangguh. 

Jadi, kemalangan ini dikatakan telah dirancang untuk mendapatkan wang pampasan oleh syarikat White Star Line, dan menggunakan kapal The Olympic yang sememangnya sudah rosak akibat perlanggaran.

pic 8

Antara kenyataan Robin Gardiner bagi menyokong idea konspirasi ini:

  1. Untuk menggantikan kerugian yang dialami, kapal Olympic menyamar sebagai Titanic dengan cara menukar bahagian kapal yang mempunyai nama Titanic. 
  2. Pelayaran ujian Titanic sepatutnya mengambil masa 12 jam, tetapi ketika ujian dilakukan, ia mengambil masa 2 hari. Ini kerana Olympic yang menyamar sebagai Titanic tidak dapat menggunakan kelajuan sepenuhnya kerana tidak mampu menahan kelajuan yang tinggi akibat kerosakan sebelumnya.
  3. Beliau percaya sebuah iceberg tidak akan mampu menyebabkan kerosakan seperti yang dilaporkan yang menyebabkan tenggelamnya kapal itu.
  4. Kapal yang paling hampir dengan kapal Titanic ketika insiden itu iaitu kapal SS Californian, terlihat roket yang ditembak ke langit oleh kapal itu namun kod warna yang terpancar di langit bukanlah isyarat kecemasan. Mereka mengganggap ianya adalah satu keraian.
  5. Kapal yang menembak roket itu adalah kapal penyelamat yang bersembunyi di sebalik kegelapan, dan SS Californian gagal untuk menemui mereka.
  6. Kapal Titanic terus berkhidmat untuk White Star Line selama 25 tahun selepas kejadian, dengan menyamar sebagai The Olympic.

Apa menguatkan idea konspirasi ini adalah fakta mengenai orang yang membiayai pembinaan kapal Titanic, J.P Morgan telah menarik diri daripada pelayaran yang ditunggu-tunggunya itu, beberapa jam sebelum kapal tersebut berlepas. Satu lagi adalah tertubuhnya Suratan atau kebetulan?

Selain itu, 3 orang terkaya di dunia ketika itu, John Astor, Isidor Straus dan Benjamin Gugganheim yang menentang penubuhan Federal Reserve Bank telah dijemput untuk mengikuti pelayaran tersebut. Ketiga-tiganya terkorban dalam insiden tersebut.

Juga tiada seorang pun ahli keluarga Rothschild dan Rockerfeller yang mengikuti pelayaran ini. (Ada kaitan dengan penubuhan Federal Reserve Bank).

Buku "Titanic Ship That Never Sank" ini menjadi 'best seller' tetapi ramai yang memberikan respon yang buruk dengan mengatakan idea ini tidak masuk akal dan tak sepatutnya diambil serius. Idea ini turut disangkal oleh penemuan Dr. Robert Ballard, seorang ahli laut, yang menjumpai bangkai di dasar lautan tersebut dan mengesahkan ia adalah The Titanic.

Terdapat sebuah penulisan yang bertajuk "Olympic & Titanic", dihasillkan oleh Mark Chirnside, yang menganalisa teori konspirasi Robin Gardiner ini. Idea konspirasi ini juga diterangkan secara terperinci mengapa ia adalah mustahil, oleh laman web William Murdoch.

Jadi, tiada siapa yang dapat mengesahkan sama ada kapal Titanic betul-betul karam atau tidak. Apabila sesuatu peristiwa tidak terjawab dengan jelas, pasti akan timbul konspirasi. Yang mana satu anda ingin percaya, itu hak anda.

Sumber :

RMS Titanic RMS Olympic SS Californian The Vintage News