Tip Mencari Makanan Halal di Thailand Yang Perlu Korang Tahu
TRAVELJika ke Thailand sebenarnya tak susah untuk mencari makanan halal disebabkan penduduk Thailand juga ramai yang beragama islam. Namun jika ke bandar kecil di Thailand terutama di belah utara memang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal.
Thailand telah dikenali sebagai syurga buat pengembara semua dari segi makanan,hiburan,pemandangan dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, aku ingin menceritakan sedikit tentang tips bagi mendapatkan makanan halal di seluruh Thailand.
Seperti mana yang telah ramai ketahui, bahagian selatan Thailand mempunyai ramai Muslim jadi tidak susah untuk mendapatkan makanan halal. Bagaimana jika anda duduk di satu pekan kecil yang tiada langsung makanan halal untuk dimakan?
Jawapannya FAMILY MART. Family mart merupakan kedai serbeneka seperti 7 Eleven di Malaysia. Ada beberapa makanan di dalam Family Mart yang disahkan halal oleh jakim Thailand.
Di sekitar Thailand, tidak susah untuk mencari Family Mart. Di setiap pekan kecil akan ada satu atau dua Family Mart seperti jua 7 Eleven di Malaysia. Antara produk yang saya jumpai adalah sosej dan juga pizza dicop halal.
Harganya adalah sekitar 39 bath (RM5) sudah cukup untuk mengenyangkan perut anda seketika. Produk ini hanya terdapat di dalam Family Mart sahaja dan tiada di dalam 7 Eleven.
Bagi 7 Eleven aku rekemendkan untuk mencuba teh ais dari mesin air dengan berharga 24 baht (RM3) iaitu cawan yang paling besar. Halal? Teh ais ada yang tak halal ke?
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan sila tambah di ruangan komen dan aku akan editkan balik status ini dengan info anda setelah dapatkan kesahihannya. Terima kasih.
Info dari sahabat:
1. Khitt Wan - 7e kat siam banyak juga makanan halal termasuklah roti, air kotak, meegie, dan banyak lagi... cari tanda halal...
2. @luqmanul hakim - Mse ride ritu kl-aran-patayya. Kt 7e ade jual mknn segera/frozen-nasi putih,nasi grg kg,nasi telur. Sardin cap ayam pon ade.
3. @keri che man - CP ni sebuah syarikat pemprosesan makanan berasaskan ayam seperti nugget, sosej dll yang berpangkalan di Thailand, dan terdapat banyak cawangan di Malaysia dan seantero dunia. Salah satunya di Light Industrial Area Senawang, Negeri Sembilan. Saya pernah berkhidmat di sana sebagai Electrical Maintenance Eng. Terdapat banyak produk makanan segera seperti nasi goreng, dan macam2 lagi la produk frozen.
Perkongsian daripada Jeroong Wia