Tiada Lagi Daging Menjelang 2050… Betul Ke?
GAYA HIDUPPopulasi penduduk di dunia ini semakin meningkat dari hari ke hari. Secara tidak langsung, apabila populasi meningkat, permintaan terhadap produk tenusu dan daging akan turut meningkat. Hal ini adalah kerana produk tenusu adalah pembekal protein yang agak penting dan diperlukan oleh badan manusia untuk tujuan tumbesaran.
Dengan perkembangan pesat setiap negara saban tahun, permintaan terhadap daging dan produk tenusu juga begitu. Ini secara tidak langsung memaksa kita untuk bertukar dan mencari alternatif bagi produk yang berprotein tinggi bagi memenuhi keperluan protein harian kita. Alternatif ini juga dikatakan perlu bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
“Kita akan menjadi lebih urban saban hari, kita akan tetap makan daging. Tetapi, pada masa itu, daging yang kita makan bukan lagi daripada tenakan yang diternak di ladang”.
“Daging pada masa itu, akan diperbuat daripada tumbuh – tumbuhan ataupun dihasilkan di kilang dan bukannya dari rumah penyembelihan”. Begitulah kata – kata Bruce Friedrich yang merupakan Direktor Eksekutif di Good Food Institution, Washington. Beliau juga meramalkan bahawa menjelang tahun 2050, tidak akan ada daging lagi di negara yang berpendapatan tinggi.
Perkara ini tidak mustahil berlaku pada negara yang berpendapatan tinggi kerana mereka kini dikatakan sudah mula memilih algae yang berprotein tinggi seperti spirulina dan sebagainya.
Ada juga yang entrepreneur yang mengesyorkan diet daging ini diganti dengan serangga yang berprotein tinggi yang mana proses pembiakan serangga adalah lebih murah, dan tidak perlukan tanah yang besar seperti ladang untuk diusahakan.
Namun begitu,janganlah kita terlampau risau. Makanan masa hadapan ini masih menjadi teka -teki dan kebanyakkan negara berpendapatan tinggi masih mampu mengawal dan mengurus permintaan yang tinggi di negara masing – masing.
Sungguhpun begitu, cara pemakanan dan juga sistem permakanan kita haruslah diubahsuai bagi mengekalkan dan memastikan bahawa sumber protein atau daging ini masih mampu dipenuhi oleh negara kita.
Kita macam mana? Sedia ke satu hari nanti kita makan serangga? Harap kita mampu tangani perkara ini bila tiba masanya nanti.