MinNature Malaysia – Taman Miniature 3D Printed Terbesar Di Asia

GAYA HIDUP
September 19, 2017 - 03:54 PM


MinNature Malaysia adalah pameran miniatur dan pameran kereta api tertutup terbesar di Asia dan ke-3 di dunia!

Kalau yang tertanya tanya dekat mana taman miniature ni… Lokasi dia dekat tingkat 4, Summit USJ.

Kawasan dia memang luas, seluas 17,000 kaki persegi yang terdapat jugak kawasan paparan bacaan, bilik multimedia, fotobooth, bengkel Masterbuilder dan kedai cenderahati.

Senang cerita, Minnature ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Kalau nak tahu, setiap pameran dalam MinNature adalah buatan tangan dan sudah tentulah dibuat di Malaysia menggunakan 3D printer. Yang menariknya, pameran ini akan berubah dari hari ke hari. Itulah kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Minnature Malaysia ni.

Jadi apa yang anda lihat hari ini mungkin tidak sama dengan bulan depan atau tahun depan. Konsep pameran adalah terbuka, iaitu pengunjung boleh datang dan tengok secara dekat setiap miniature yang dipamerkan. Cuma jangan gatal tangan amik masuk poket sudah….

Pameran ini diilhamkan oleh model kereta api terbesar di dunia - Miniature Wunderland Hamburg. Dan pameran MinNature telah diwujudkan untuk memperkenalkan kereta api model kecil ke serata dunia, khususnya Malaysia. Seperti pameran kereta api model lain di seluruh dunia, MinNature mempamerkan sehingga 95% bangunan dan struktur bercetak 3D yang direka dan dicetak 3D di rumah.

Terdapat 12 ruangan pameran termasuk gaya hidup kampung, kawasan pelabuhan, kawasan perindustrian dan lain – lain lagi. Seperti yang dikatakan, setiap pameran ini terdapat diorama dia yang tersendiri.

Pameran ini dibuka kepada orang awam setiap hari dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

Untuk harga tiket pulak :

Dewasa - RM28.00

Kanak-kanak (Umur 4-12) - RM15.00

Senior Citizen (Above Age 60) - RM15.00

Kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan untuk pemegang pas OKU.

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan pemegang pas OKU mesti diiringi oleh ibu bapa atau penjaga yang membayar sepenuhnya.

 

So, hujung minggu nanti dah tahu lah nak bawak anak-anak pegi mana kan…?

=D

 

 

Sumber : MinNature Malaysia