Nak Cuba Backpackers Ke Eropah? Boleh Cuba 5 Tip Ini

TRAVEL
September 21, 2017 - 10:06 AM


1.Visa

Kena apply visa tak kalau nak pergi europe? TIDAK PERLU, sebab kita memasuki Schengen Area adalah kawasan yang terdiri daripada 26 negara2 Eropah yang telah dimansuhkan passport dan apa2 jenis kawalan sempadan di sempadan bersama mereka , juga dirujuk sebagai sempadan dalaman.

Ia kebanyakannya berfungsi sebagai sebuah negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa. Google la negara apa yang  tak kena visa.

 

2.Kos luggage penerbangan tambang murah

Tentang Luggage easyjet, harga tiket €15 sememangnya murah, sebab itu hanyalah kos untuk hand carry luggage sahaja. Kiranya kalau ada beg yang hendak disimpan di bahagian kargo kapal, ada caj tambahan dikenakan. Kalau anda memang jenis bawa beg yang bersaiz kecil memang ok sangat. Kalau beg yang anda bawa bersaiz besar ada baiknya booked untuk luggage semasa pembelian tiket online kerana caj yang dikenakan jauh lebih murah.

Caj yang dikenakan untuk satu luggage adalah sekitar €15 jika ditempah bersama sewaktu pembelian tiket online. Kalau nak tahu beg lepas ke tidak lepas Easyjet akan sediakan satu kotak untuk meletakkan beg. Kalau beg tu muat dalam ruang tu tak perlu beli extra luggage, kalau tak lepas dari kotak tu akan dikenakan caj tambahan.

Caj sekitar €50 (tak digalakkan untuk adhoc punya style) membazir sangat. Jadi, saiz beg yg semaksima yg boleh digunakan ialah  56 x 45 x 25cm,lebih baik isi barang siap-siap di dalam beg dan cuba ukur saiz beg tu. Kalau lepas,bersyukurlah. Kalau tidak, beli extra luggage siap-siap, anggaran size beg tu dalam 50L, nak selamat beli yang kecil sedikit.

 

3.Pengangkutan dari satu negara ke negara yang lain

Pengangkutan dari negara ke negara kami naik bas sahaja. Apabila kami nak ke bandar,tempat lawatanatau ke tempat penginapan kami menggunakan pengangkutan awam,selain itu kami berjalan kaki. Bila sudah sampai ke sesuatu tempat cari map train terlebih dahulu supaya perjalanan anda lebih mudah, saya cadangkan naik train bila ke eropah tapi kalau ada duit lebih bolehlah menyewa kereta.

 

4.Makanan

Untuk menjimatkan duit, pagi dan malam kami makan maggi saja, tengah hari makan di kedai, kedai-kedai halal kebanyakkannya kedai kebab yang kami jumpa harganya pun tidaklah begitu mahal. Rata-rata harga dia €4-5 kami guna kalau convert ringgit malaysia dalam RM 16 (klu kat Malaysia mahai la jgak,tpi klu kira duit depa tu la yg pling murah), makan skali dh kenyang sbb kuantiti isi yang banyak.

Kat London mungkin mahal sikit sebab rata-rata harganya €6-7 diconvert duit malaysia RM 36 (mahai betuii) sbb tu di London kami stay 2 hari 1 Malam ja. Dalam sehari tu ada la kami guna €4-5, kalau rajin nk save duit p la supermarket sna gila murah bakhang segala makanan,coklat,susu,roti dll yang renyahnya nak kena tgk label halal ka x,jgn expect ada logo jakim plak,kena bkak la apa nama kod2 halal & haram dlam Internet tu.

 

5.Tip keselamatan dan kewangan

Safety tips, saya bawa 3 beg dompet, 1 dompet emergency, 1 dompet refill dan 1 lagi dompet kegunaan.

Dompet kegunaan inilah yang saya bawa ketika berjalan, untuk kegunaan harian selalunya ada dalam €10-15 macam tu. Kalau ditakdirkan hilang, cuma banyak tu sahaja yang hilang dan tak perlu takut sebab ada 2lagi dompet yang saya akan terangkan di bawah.

Dompet Refill ni saya buat untuk topup duit, diantara ketiga-tiga dompet saya, saya rasa dompet inilah paling banyak duit sebab kita akan topup ke dompet kegunaan kan? Jadi dompet ini kena jaga elok-elok dan kalau boleh elakkan guna dompet emergency ,kalau betul-betul terdesak baru keluarkan dompet emergency ni.

Dompet emergency ni dompet yang kita guna di malaysia seperti ic, lesen, duit RM, tetapi saya letak €200 dan USD100 di dalam beg dompet ni untuk kegunaan kecemasan dan sembunyikan di tmpat yang selamat. Kalau boleh dompet ni jangan keluarkan sampai kita berada di Malaysia.