Esmerelda Geisha 601, Kopi Termahal Di Dunia!

TERKINI
October 17, 2017 - 11:56 AM


Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang di Malaysia selain daripada teh. Lihat sahaja pelbagai rangkaian café yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Yang paling popular tentulah Starbucks.

Kopi yang kita minum dikedai itu datang dari biji kopi yang telah dihancurkan dan di pasarkan dalam bentuk serbuk. Ada juga sesetengah pasar raya yang menjual biji kopi yang belum dijadikan serbuk.

Bagi penghasil kopi, setiap tahun mereka akan ada pertandingan di Panama yang dinamakan Best Of Panama. Disini mereka akan mempamerkan kopi terbaik daripada Panama. Setiap tahun, lebih daripada 30 orang juri yang mempnyai kepakaran serta sijil berkenaan dengan kopi ini akan merasa lebih daripada 6000 cawan untuk menentukan pemenang di pertandingan ini.

Di akhir pertandingan, kebiasaannya kopi ini akan dilelongkan kepada pemilik-pemilik café untuk digunakan untuk membuat kopi di café mereka.

Disinilah kopi Esmeralda ini dibeli dengan harga USD601/lb.

 

Kenapa ianya mahal? Ladang yang menghasilkan kopi ini iaitu Hacienda La Esmeralda telah melakukan pelbagai eksperimen dalam proses penanaman dan pemprosesan kopi mereka untuk menghasilkan biji kopi yang terbaik. Tidak hairanlah dengan segala usaha ini, mereka berjaya memenangi anugerah Best Of Panama ini 3 tahun berturut-turut.

Jika anda mahu merasa kopi ini, anda boleh ke Singapura kerana ia akan dijual di dua rangkaian The Coffee Academics di Scotts Square dan Raffles City. Dikatakan bahawa hanya 80 cawan akan tersedia atau, jika anda sendiri berminat nak dapatkannya, bolehlah ke laman web Coffee Academics ni dan beli je secara online.

 

Sumber : Mstar | The Coffee Academics