Aktiviti Best Minggu Ini Di Sekitar Kuala Lumpur

TRAVEL
October 20, 2017 - 12:19 PM


Hi korang… Ada yang tunggu posting ni ke? Kalau ada baguslah.

Harini hari Jumaat, jadi macam hari minggu-minggu lepas, kami akan kongsikan apa aktiviti yang menarik yang kami jumpa di ruangan events di Facebook. Mungkin ada yang kata tak menarik sangat… ha, korang jugak boleh cadangkan pada kami. DM sahaja dekat Facebook kami dan bagitahu details event itu.

So, ini yang kitorang jumpa masa scroll ruangan events dekat Facebook tu…  

 

#1. Deepavali Night @ Seri Negara.

Sempena sambutan Deepavali kelmarin, ini ada satu event yang dianjurkan oleh Jalan Merdeka. Bertempat di Carcosa Seri Negara.

Antara yang menarik adalah persembahan tarian tradisional dan ada juga dance along. Siapa yang rasa nak menari tu, boleh join sekali. Selain tu, ada pelbagai aktiviti yang menarik. Kalau nak ke sini, korang kena RSVP, hanya pegi ke FB mereka dan click ‘going’.

 

Lokasi : Carcosa Seri Negara. Masa: 7 malam – 10 malam.   

Maklumat lanjut : FB | Jalan Merdeka 

 

#2. Festival Teater Kuala Lumpur Dan Selangor 2017

FTKLS 2017 ini akan menyaksikan 22 kumpulan mementaskan karya-karya mereka yang terdiri daripada 11 kumpulan daripada KL dan 11 daripada Selangor. Festival ni dikatakan bermula daripada 19 Oktober lagi dan setiap hari akan ada persembahan yang berlainan.  

Kalau anda jenis minat persembahan teater, datanglah festival ni. Maklumat lanjut boleh ke FB JKKN WPKL.

Lokasi : Auditorium Kompleks JKKN WPKL, Jalan Tun H.S Lee Masa : 8.30 malam  – sampai habis.

 Maklumat lanjut : FB | FTKLS 2017

 

 

#3. Karnival Usahawan Desa 2017

Karnival Usahawan Desa 2017, atau KUD 2017 ini adalah carnival yang diadakan untuk mempromosikan dan memperluaskan produk dan perkhidmatan luar bandar. Sasaran mereka tahun ini adalah melebihi 1 juta orang pengunjung dan seramai 700 usahawan.

Semestinya banyak aktiviti pameran, jualan dan program yang menarik boleh anda dapat jika pergi ke sini.

Lokasi : PWTC Masa: 10 pagi – 10 malam. Mula pada 19 – 22 Oktober.

Maklumat lanjut : Website | KUD

 

#4. Sketchwalk @ Carcosa & Seri Negara

Jika anda minat seni, anda kena berkunjung ke sini. Aktiviti ini akan berlaku pada hari Ahad dan ia sebenarnya event free and easy. Juga event anjuran Jalan Merdeka. Anda boleh berjalan sambal sketching lah kiranya… Tiada formaliti. Jika anda berminat nak datang, Cuma bawa sketchbook dan alatan melukis anda.

Lokasi : Carcosa Seri Negara. Masa : 8 pagi – 11 pagi.

Maklumat lanjut : FB | Jalan Merdeka

 

#5. HOMEDEC

Home Design and Interior Exhibition. Yang ini lebih kepada siapa yang nak mencantikkan rumah lah. Sebabnya, di Homedec ni, pelbagai jualan dan pameran dengan harga dan potongan sehingga 70%.

Anda Cuma perlu pre-register di sini.

Dia dibahagi kepada dua bahagian iaitu pada 19-22 Oktober dan 26-29 Oktober.

Lokasi : KLCC. Masa : 10 pagi – 8 malam.  

Maklumat lanjut : Website | Homedec

 

Selamat berhujung minggu ye...

 

=D