Pelakon Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia

TERKINI
December 14, 2017 - 06:07 PM


Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul LAtiff T.K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya.

Anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang bertugas sebagai jurukamera di Astro Awani mengesahkan berita berkenaan sejurus mendapat panggilan dari ibunya.

Menurut Ab Uzza, Allahyarham ada mengalami kekejangan pada awal Rabu dan bapanya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya semasa mereka melawat Allahyarham.

Sepanjang hayat Allahyarham, beliau sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem dan drama sejak 1960-an.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Foto : Astro Awani

Sumber : Astro Awani