Senarai Negara Berisiko Berlaku Serangan Pengganas, Malaysia Pun Turut Tersenarai Rupanya…

TERKINI
January 03, 2018 - 10:21 AM


Kementerian Luar UK semalam telah menyenaraikan beberapa negara yang dikatakan berisiko berlakunya serangan pengganas.

Dalam amaran perjalanan yang dikeluarkan oleh UK Foreign Office ini, terdapat 225 buah negara kesemuanya termasuk Malaysia.

Amaran perjalanan yang dikeluarkan kepada rakyat UK yang ingin keluar negara ini meminta rakyatnya mengelak daripada mengunjungi beberapa kawasan berisiko tinggi di Malaysia seperti pantai timur Sabah.

Pulau Sipadan juga termsuk dalam kawasan yang perlu dielakkan. 

Walaubagaimanapun, senarai ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap warga negara mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Turut termasuk dalam senarai adalah Indonesia, Filipina dan Thailand.

Ia ekoran ancaman diterima terhadap risiko penculikan warga asing di pantai timur Sabah terutamanya pulau-pulau yang berdekatan dengan Kepulauan Sulu di selatan Filipina.

Kalau kita ingat balik, kes penculikan terakhir berlaku pada Mei 2015, melibatkan dua rakyat Malaysia diculik di Sandakan, dengan salah seorang daripadanya terbunuh.

Berikut merupakan senarai sebahagian daripada negara berisiko "kemungkinan berlaku serangan pengganas" yang dikeluarkan.

 

- Australia

- Belgium

- Perancis

- Jerman

- Indonesia

- India

- Kenya

- Malaysia

- Maldives

- Filipina

- Thailand

- Amerika Syarikat

 

Sumber : Astro Awani