Lihat Gambar Menarik Pasar Ikan Paling Cantik Di Dunia Di Muscat, Oman.
TRAVELSelain menjadi hub untuk perindustrian perikanan di Oman, Pasar Ikan di Muttrah ini dibina untuk dijadikan pusat tumpuan komuniti disana.
Terletak di kawasan barat Muscat, pasar baru pembinaan pasar baru ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan terbaru di bandar berkenaan.
Bandar Muttrah cukup terkenal sebagai pusat perdagangan komersial dan tradisi perikanan. Terletak berdekatan dengan pasar asal yang dibina pada tahun 1960, pembinaan pasar baru ini menandakan kesinambungan tradisi kawasan terbabit.
Selain pada itu, ia juga dapat membantu industri pelancongan di Oman. Dengan gabungan tradisional serta inovasi, konsep dan reka bentuk pasar ini menggabungkan elemen baru dan lama. Kawasan lapang yang didirikan sangat sesuai dijadikan tempat untuk perjumpaan para penduduk.
Memasuki kawasan pasar berkenaan, terdapat lebih daripada 100 peniaga ikan serta kawasan baru untuk sayur serta buah-buahan. Kemudahan di pasar tersebut juga menyediakan pembungkusan, stor, peti penyejuk disamping ada juga café, ruang pejabat dan juga restoran rooftop.
Memang nampak moden betul pasar ni, memang lain macam!
Sumber : designboom | kredit gambar : firas al raisi, luminosity productions