SalamAir Umum Penerbangan Secara Terus Dari Muscat Ke Kuala Lumpur!
TRAVELSyarikat penerbangan tambang murah terkenal dari Oman, SalamAir baru sahaja mengumumkan penerbangan secara terus dari Muscat dan Kuala Lumpur! Terdapat dua kali penerbangan dalam seminggu bermula dari 3 Julai ini.
Penerbangan dari Muscat ke Kuala Lumpur dijadualkan pada setiap hari Isnin dan Jumaat. Pengumuman ini mampu memenuhi permintaan dari kedua-dua negara sama ada terbang untuk perniagaan mahupun pelancongan.
Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama di Malaysia dalam usaha SalamAir melebarkan sayapnya di benua Asia Tenggara.
Bagi mereka yang tinggal di Oman dan juga mereka yang ingin mengambil penerbangan sambungan, ia lebih memudahkan untuk terbang secara terus tanpa henti untuk mereka yang ingin ke Asia Tenggara.
Kata CEO SalamAir, Captain Mohamed Ahmed
Jelasnya lagi, servis terbaru dari SalamAir ini merupakan salah satu usaha dan pencapaian baru mereka untuk menerobos pasaran baharu di Asia Tenggara dalam usaha menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah serta kualiti servis yang bermutu.
Tempoh penerbangan antara Muscat dan Kuala Lumpur mengambil masa selama 7 jam.