Buaya, Ular Sawa Antara Yang Ditemui Cuba Dijual Di FB & Whatsapp

TERKINI
February 01, 2018 - 03:00 PM


Tujuh suspek yang dipercayai penyeludup haiwan ditahan di Indonesia kerana menjual spesies ini menerusi Facebook dan Whatsapp.

Menurut pihak berkuasa tempatan, suspek-suspek ini ditahan di lokasi berasingan di ibu kota Jakarta. Mereka dikatakan membeli haiwan-haiwan berkenaan hanya dengan 300,000 rupiah (RM85) seekor sebelum dijual semula pada harga dua hingga 5 juta rupiah (RM 580 – RM 1500) seekor.

Menurut jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono, suapek telah mengiklankan haiwan-haiwan terbabit di Facebook dan Whatsapp. Pembeli yang berminat pula diminta untuk bertemu dengan mereka sebelum haiwan terbabit diserahkan.

Kesemua suspek didakwa mengikut Undang-undang Alam Sekitar Indonesia yang membawa hukuman maksimum penjara selama lima tahun.

Dalam rampasan yang dibuat, mereka berjaya menemukan dua ekor buaya, dua ekor ular sawa, kucing hutan, ungka, helang dan burung hantu.

 

Sumber : BH Online

 

Destination: