Terpegun Sekejap, Rumah Ini Dikuasakan Oleh AI!

GAYA HIDUP
March 14, 2018 - 09:58 AM


AI atau Artificial Intelligence pada awalnya dikenali memalui telefon pintar sahaja. Namun, semakin hari, ia semakin berkembang dan syarikat-syarikat gergasi dunia berlumba-lumba untuk mengeluarkan serta menambat hati pengguna menerusi AI ini.

Bermula dengan speaker, AI kini diperluaskan dan hari ini hampir semua pekakas rumah dikembangkan untuk menyokong AI ini.

Rumah Pertama Google AI

Google Inc baru-baru ini telah melancarkan Google House bagi menunjukkan kepada pengguna tentang keupayaan sebenar AI ini. Menerusi Rumah Google ini, mereka mempamerkan hampir kesemua fungsi yang boleh menggunakan AI di sebuah rumah yang telah dinaik taraf di Pusat Bandar Austin.

Segala kelengkapan rumah disini dijanakan oleh Google Assistant dan mempunyai pelbagai teknologi AI yang bakal memeudahkan kerja seharian.

Mempunyai 12 bilik yang diaktifkan oleh Google, pengunjung boleh mencuba pelbagai fungsi AI yang disediakan seperti menonton Tv dengan arahan suara dan mengarahkan robot untuk membuat kerja rumah.

Untuk anda yang ingin menggunakan teknologi AI ini dirumah, Google Home Mini boleh didapatkan dengan harga permulaan RM300.