5 Peribahasa Melayu Yang Sudah Terpesong Dari Maksud Asal

GAYA HIDUP
March 20, 2018 - 02:51 PM


Masih ramai rupanya yang masih menggunakan peribahasa melayu dengan kurang tepat. Seingat aku 5 peribahasa yang popular ini sering di dengar. Malah semasa zaman sekolah dahulu lagi cikgu-cikgu ajar aku ilmu yang tak berapa tepat rupanya. I was wondering jugak lah adalah dalam skema buku teks memang salah macam ni atau kita yang buatkan ianya salah?

Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling unik di dunia. Pernah menjadi lingua franca pada satu ketika dulu, bahasa ibunda ini mempunyai lenggok yang tersendiri.

Disebab kan ini, orang-orang dahulu kerap bercakap menggunakan kias-kias membuatkanpelbagai peribahasa wujud.

1. Melepaskan batuk di tangga

Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. Namun, jika di kirkan tiada rasionalnya peribahasa ini dengan maksudnya. Kerana apa kena mengena batuk di tangga dan melakukan perkara dengan sambil lewa, kan?

Jadi apa yang menggambarkan melakukan sesuatu dengan cermat? Melepaskan angin di tangga? Atau melepaskan batuk di tempat lain selain tangga?

Sebenarnya ejaan yang betul bukanlah batuk, tetapi batok. Bagi yang tak tahu, batok adalah tempurung kelapa yang dijadikan penceduk air untuk membasuh kaki di tangga rumah orang-orang dulu.

Jadi jika seseorang itu membasuh kaki menggunakan batok dan meletakkannya di tangga, bukan di tempat asalnya, ia menunjukkan seseorang itu melakukan perkara dengan sambil lewa dan tidak habis.

Mungkin disebabkan sebutannya yang sama dengan batuk dan batok tidak lagi digunakan pada zaman ini membuatkan peribahasa ini disalahertikan.

2. Harapkan pagar-pagar makan padi

Peribahasa ini membawa maksud harapan yang diletakkan kepada seseorang akhirnya dirosakkan. Jika peribahasa ini di fikirkan secara langsung, tidak logiklah bagi pagar untuk memakan padi kerana ia tidak hidup dan mempunyai mulut.

Jadi kenapa pula ia nak makan padi? Mungkin pagar-pagar ini menghalang pertumbuhan padi secara tak langsung menyebabkan kerencatan tanaman padi.

Namun perkataan sebenar yang digunakan adalah pegar, bukan pagar.

Pegar merupakan sejenis spesis burung yang memakan haiwan perosak di sekitar kawasan sawah yang mana diberi kepercayaan oleh pesawah untuk menjaga tanaman padi.

Tidak diketahui pesawah bahawa spesis burung ini juga menjadikan padi sebagai makanannya, yang membuatkan terhasilnya peribahasa ini.

Baru lah masuk akal sikitkan? Kesilapan peribahasa ini mungkin berlaku kerana kesalahan terjemahan daripada tulisan jawi kepada rumi.

3. Mata keranjang

Mata keranjang bermaksud seseorang yang pantang melihat wanita cantik. Bagi yang tak tahu, keranjang merupakan sebuah bakul yang diperbuat daripada anyaman rotan dan buluh.

Jika diterjemah secara langsung, adakah ia bermaksud mata bakul rotan? Macam pelik kan? Namun jika kita lihat dengan lebih dekat kepada ejaan peribahasa ini, adalah lebih munasabah untuk kita katakan ia sebenarnya adalah "mata ke ranjang", bersesuaian dengan maksudnya.

Ranjang bermaksud tempat tidur atau katil dan peribahasa ini mungkin bermaksud mata yang melihat seorang perempuan sehinggakan terbayang hingga ke ranjang.

4. Saling tak tumpah

Saling tak tumpah bermaksud benar-benar serupa atau tiada perbezaan. Namun terdapat kesalahan ejaan di sini yang sebenarnya adalah salin, bukan saling

Dewan Bahasa dan Pustaka mengesahkan perkara ini dengan menjelaskan bahawa salin itu bermaksud meniru, menekap atau mendua.

Jadi ia lebih relevan kepada peribahasa ini daripada "saling tak tumpah".

5. Merah padam

Menurut Alif Danya Munsyi, peribahasa ini sebenarnya bukanlah berbunyi "merah padam" tetapi "merah padma" yang bermaksud. Padma adalah sejenis bunga teratai yang mempunyai warna merah kemerah-merahan yang juga dikenali sebagai teratai merah.

Jika ia merah padam, ia lebih cenderung bermaksud merah gelap. Bagaimana peribahasa yang begitu pendek ini dengan dua patah perkataan sahaja pun boleh disalahertikan.

Segalanya berbalik kepada penterjemahan daripada tulisan jawi kepada rumi.

Perkataan padma dalam bahasa jawi disalah anggap sebagai padam.

Diharapkan selepas ini kita lebih peka terhadap perkara seperti ini kerana peribahasa adalah peninggalan yang sangat berharga buat kita. Jika kita tak menjaganya, siapa akan menghargainya?