Kurangkan Berat Badan? Anda Kena Cuba 5 Minuman Ini…
GAYA HIDUPBerat badan yang berlebihan bukan sahaja boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, tapi boleh jugak buatkan seseorang hilang keyakinan diri.
Selain daripada kurangnya bersukan atau bersenam, faktor utama yang menyebabkan berat badan kita sentiasa naik atau susah nak turun adalah tabiat pemakanan yang tak sihat. Maklumlah, sekarang ni macam-macam jenis makanan yang ada.
Kalau korang berazam nak kurangkan berat badan, cuba amalkan 5 jenis minuman ni.
Selain dapat menyingkirkan toksin dalam badan, ada juga yang mampu membuatkan korang hilang berat badan. Tapi, ambil masa lah. Jangan korang minum secawan, besok korang cakap kitorang kelentong korang pulak.
#1. Teh Hijau
Teh hijau merupakan salah satu minuman yang paling popular dalam kalangan sesiapa yang nak kuruskan atau kurangkan berat badan.
Cara yang terbaik adalah jangan tambahkan gula. Ini, minum teh hijau dah betul dah, ditambah gula dengan susu pulak. Memang tak jadi apa lah.
Sebaliknya, gantikan gula dengan satu sudu madu. Nak lagi best, tambahkan perahan lemon sikit. Amalkan setiap pagi dan sebelum tidur.
#2. Teh Hitam
Walaupun jarang kita dengar, teh hitam mempunyai manfaat dan kesan yang sama dengan teh hijau. Selain dapat mengurangkan berat badan, kalau diamalkan, teh hitam boleh meningkatkan metabolisma selain dapat membantu untuk membakar kalori.
Selain tu, teh hitam ni jugak dikatakan mampun mengawal nafsu makan serta boleh digunakan untuk detox.
#3. Teh & Madu
Selain bertindak sebagai penganti gula, madu yang ditambah dalam teh boleh membantu untuk menyingkirkan lemak dalam badan.
Selain korang dapat tubuh badan idaman korang tu, penggunaan madu juga alternatif yang lebih menyihatkan daripada gula.
#4. Teh Kayu Manis
Campurkan serbuk kayu manis kedalam cawan teh panas.
Cara ini dapat membantu dalam penurunan berat badan. Selain daripada rendah kalori, teh ini dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan.
Sebenarnya, kadar gula yang tinggi dalam badan ni jugak penyebab nafsu makan seseorang tu jadi tak terkawal.
Minum teh kayu manis 2 kali dalam seminggu. Kalau ada masalah sistem pencernaan, elok cuba teh kayu manis ni jugak.
#5. Kopi Hitam
Memang kopi warnanya hitam tapi apa yang dimaksudkan dengan ‘kopi hitam’ ni.
Senang cerita ianya kopi O, atau nama glemernya black coffee. Amalkan 2 kali sehari dan korang dah boleh rasa perbezaan pada badan. Tapi, pastikan kopi kosong tanpa gula ye.
Selain tu, kopi juga boleh diminum satu jam sebelum sesi senaman atau bersukan. Ini secara tak langsung boleh memberikan tenaga dan menjadi ‘fat burner’ jugak.
Jadi, kalau ada keinginan nak turunkan berat badan, bolehlah masukan 5 jenis minuman di dalam diet korang sehari-hari. Tapi pokok pangkalnya, kena ada disiplin. Tak guna juga amal minum 5 minuman ni, tapi makan tak ingat dunia.
=aj=