Acer Keluarkan Laptop Khas Edisi Avengers. Ada Iron Man, Captain Amerika dan Thanos!

GAYA HIDUP
April 19, 2018 - 10:50 AM


Demam Avengers kembali melanda negara ini! Jika anda peminat Avengers dan juga Marvel, dah tentu korang tak sabar – sabar nak tunggu tarikh 25 April iaitu tayangan filem terbaru Avengers : Infinity War.

Sementara tu, kalau korang yang minat gajet… cuba tengok tiga laptop terbaru yang dikeluarkan oleh Acer ni…

Bukan biasa-biasa tapi Acer menampilkan ciri dan rekaan khas mewakili tiga watak yang ada dalam Invinity Wars. Hurm, pandai Acer amik peluang…

Captain America, Iron Man dan Thanos akan ditampilkan dalam tiga edisi khas komputer riba keluaran terbaru Acer.

 

Untuk peminat Captain Amerika, Acer mengeluarkan Aspire 6 menampilkan rekaan pentagram yang cukup sinonim dengan watak berkenaan .

 

 

Aspire 6 versi Captain Amerika ini dijana oleh Intel Core i5-8250U Gen ke 8 dan dipasangkan dengan Grafik NVDIA GeForce MX150, manakala untuk memori pula, Acer melengkapkan dengan DDR4 4GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 16GB dan penstoran SATA 1TB.

Sebagai pelengkap, Dolby Audio Premium digunakan untuk berikan bunyi yang berkualiti dan menyeluruh.

Aspire 6 ini boleh didapatkan dengan harga RM3,299.

 

Bagi model kedua, Acer Nitro edisi Thanos. Kalau tengok dari segi luaran, memang ni nampak paling ‘kuat’ berbanding model lain. Sesuailah dengan watak Thanos yang digeruni tu nanti.

Cover laptop ini memaparkan potret Thanos yang dihasilkan menggunakan teknologi In-Mold Roller (IMR). Selain tu, garisan ‘badan’ laptop ini dikemaskan dengan hitam matte dan emas. Memang nampak eksklusif habis.

Dari segi keupayaan, Nitro 5 ini dilengkapi dengan processor Intel Core i5-7300HQ Gen-7, dan untuk grafik pula NVIDIA Ge Force GTX 1050 dengan GDDR5.

Untuk gamers, laptop ini memang berbaloi! Selain grafik yang best, Nitro 5 ini didatangi dengan storan 128GB SSD dan 1TB HDD yang secara tak langsung boleh menjanjikan penggunaan yang optimum.

Untuk pengalaman bunyi, Acer menggabungkan Dolby Audio Premium dan Acer True Harmony untuk menawarkan bunyi paling awesome untuk gamers.

Dari segi harga, Nitro 5 ini ditawarkan pada RM4,299.

 

Yang terakhir, Acer Swift 3, versi Iron Man.

Dilengkapi dengan warna merah, sesuai dengan watak Iron Man, laptop ini dijangka mendapat permintaan yang paling tinggi. Bakal laku keras lah kata orang.

Dalam ketiga-tiga komputer riba yang diperkenalkan, model ini adalah yang paling ringan dan paling nipis. Dengan ukuran 17.95mm dan berat 1.6kg sahaja.

Dari segi pemprosesan, ia dilengkapi cip yang paling terkini sama seperti edisi Captain Amerika iaitu Intel Core i5-8250U gen-8.

Keupayaan grafik pula, Intel UHD Graphic 620 dan penstoran 256GB SSD dan memori 8GB. Dikatakan laptop ini mempunyai jangka hayat bateri selama 10 jam.

Harga bagi edisi Iron Man ini adalah RM4,399.

Untuk pengetahuan korang, komputer riba ini hanya ditawarkan di lapan negara di rantau Asia Pasifik dan Malaysia antara yang terpilih.Negara lain termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.

Menarik, menarik… Lepas kerja nanti boleh pegi ‘usha-usha’ okay, manalah tahu… berkenan…

 

=aj=