Fitbit Perkenalkan Model Terbaru, Fitbit Versa Dan Dijual Pada Harga RM990.

GAYA HIDUP
April 25, 2018 - 11:12 AM


Mula diperkenalkan di pasaran Malaysia semalam, model terbaru Fitbit iaitu Fitbit Versa boleh dikatakan ‘adik’ kepada model yang terdahulu iaitu Fitbit Ionic.

Dijual pada harga RM 990 untuk model biasa dan RM 1120 untuk Special Edition, model ini hadir dengan variasi 3 pilihan warna, dan 2 pilihan warna untuk model SE.

Fitbit Versa boleh didapati di semua kedai-kedai utama seperti All IT Hypermarket, AONE Plus, Best Denki, Harvey Norman, Timekeeper dan juga Thunder Match. Selain itu, kalau korang malas nak ke kedai, boleh juga dibeli melalui Lazada.

Selain boleh menjejak aktiviti seharian seperti jarak larian, langkah, pembakaran kalori, Versa juga boleh menjejak aktiviti berenang dan waktu tidur.

Dengan keupayaan bateri yang mampu bertahan selama 4 hari, model ini hadir dengan penstoran yang mampu memuatkan lebih daripada 300 lagu dan ia juga dilengkapi dengan Bluetooth.

Pengguna juga boleh memuat turun paparan muka jam dan pelbagai lagi aplikasi yang ditawarkan di Fitbit OS App Gallery.

Satu perbezaan ketara Versa dan Ionic adalah bentuk rekaan dan keupayaan GPS. Tidak seperti Fitbit Ionic, Fitbit Versa tidak dilengkapi dengan sistem GPS. Namun, ciri Connected GPS yang terdapat pada model terbaru Fitbit ini membolehkan pengguna memanfaatkan GPS yang ada pada telefon pintar mereka sekiranya mereka mahukan data larian atau aktiviti berbasikal secara ‘real-time’.

Selain itu, apa yang menarik perhatian kami adalah pengenalan tracking yang khusus untuk wanita.

Untuk fungsi ini, golongan wanita boleh mengetahui kitaran haid mereka menerusi data yang dimasukkan. Secara tidak langsung, para wanita dapat memahami lebih lanjut tentang kitaran haid mereka dan seterusnya kesihatan mereka secara fizikal dan mental.

 

Kesimpulannya : 

- Harga mampu milik

- Spec terbaik

- Bateri tahan lama

- Clockface boleh tukar-tukar kalau bosan

- Semua data ada kat dalam, senang. 

So, boleh la pertimbangkan kalau nak beli... Memang berbaloi dan ringan.