Lagenda Rock ‘Extreme’ Menghiburkan Peminat Sempena Extreme Asia Tour 2018

GAYA HIDUP
June 13, 2018 - 12:08 PM


Bertempat di KL Live Kuala Lumpur, Kumpulan Lagenda Rock Antarabangsa Extreme telah menghiburkan peminat-peminat mereka sempena Extreme Asia Tour 2018.

Extreme yang dianggotai oleh Gary Cherone, Nuno Bettencourt, Pat Badger dan Kevin Figueirdo yang popular dengan lagu “Hole Hearted”, “Get The Funk Out” serta “More Than Words” ini membuat penampilah sulung mereka di Malaysia.

Jelajah mereka yang bermula sejak Julai 2017 ini telah ke beberapa buah bandar di U.K, Eropah, Australia dan baru-baru ini, di Kuala Lumpur!

Band yang terkenal dan boleh dikatakan yang paling berjaya pada era mereka sekitar akhir 80-an dan 90-an ini sebenarnya telah berjaya mencatatkan jumlah jualan album sebanyak 10 juta unit di seluruh dunia.

Selepas Malaysia, dikhabarkan Extreme akan ke Singapura sebelum ke Thailand selepas itu dalam siri jelajah Asia mereka.

Konsert mereka di Malaysia baru-baru ini ternyata mendapat sambutan peminat tempatan kerana tiket boleh dikatakan hampir ‘sold out’. Peminat dihiburkan bermula jam 8 oleh Estranged sebagai ‘opening act’ dan Extreme kemudiannya menyambung persembahan sehingga jam 10.30.

Rata-rata peminat yang ditemui ternyata berpuas hati dan gembira dengan persembahan yang diadakan dan momen yang paling diingati adalah apabila semua penonton bersama-sama menyanyikan lagu “More Than Words”.

Credit Photo : IMC Live Group Malaysia