Jam Tangan Richard Mille RM3 Juta, Ini Cerita Disebalik Tanda Harga Tersebut

GAYA HIDUP
July 05, 2018 - 02:40 PM


Richard Mille adalah salah satu jenama jam tangan mewah daripada Swiss yang wujud sejak tahun 1999 lagi. Bertapak di Les Breuleux, Switzerland, model paling popular oleh jenama ini adalah Tourbillon RM 008.

Tourbillion RM 008 ini boleh dikatakan jam tangan mekanikal (chronograph) yang paling advance dalam dunia.

Baru-baru ini, kecoh sekejap dunia hiburan luar negara apabila Pharell Williams dikesan memakai jam tangan Richard Mille. Walaupun jenama tersebut sememangnya jenama mewah, namun apa yang berada di tangan Pharell bukanlah jam biasa, tetapi edisi khas RM 70-01 Tourbillion.

Menurut laporan di Forbes, Richard Mille mengeluarkan jam tangan edisi khas ini untuk memperingati juara dunia Formula 1 iaitu Alain Prost. Disebabkan mereka berdua ini sahabat baik, Mille telah mengeluarkan jam edisi khas ini yang mana hanya ada 30 unit sahaja dalam dunia!

Selain itu, dikhabarkan RM 70-01 Tourbillion ini direka khas untuk aktiviti berbasikal dan merupakan salah satunya model untuk aktiviti berbasikal secara mekanikal, bukannya digital macam kebiasaan jam-jam khas untuk sukan lain.

RM 70-01 ini mempunyai fungsi khas dimana ia boleh merekodkan jarak aktiviti yang telah dilakukan, selain itu terdapat punat penekan di sisi jam untuk si pemakai memilih daripada 5 pemusing odometer jam berkenaan.

Bahagian Hadapan Jam
Bahagian Belakang Jam

Memang complicated!

Jam tangan ini sememangnya direka untuk terletak pada tangan secara semula jadi dan tidak menggangu aktiviti berbasikal. Selain itu, ia diperbuat daripada material yang sangat ringan dan mempunyai jangka hayat bateri simpanan selama 70 jam.

Indicator Bateri - Dah Macam Indicator Minyak Pulak...

Untuk memberikan jam ini ketahanan, ia menggunakan titanium gred 5 sebagai base jam serta skru Allen.

Dari segi sentuhan peribadi, seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Richard Mile, kotak jam ini diperbuat daripada karbon TPT® dan jam ini dijual bersama sebuah road bike bespoke yang turut direka oleh Prost dan Mille dengan kerjasama daripada pembuat basikal Colnago.

Setiap basikal pula akan dicatkan warna korporat syarikat Richard Mille sendiri.

Padanlah harga retail sekitar USD 815,000, lebih kurang RM 3.3 juta jugaklah. Telan air liur beb tengok dia punya harga

Ni ada video unboxing model lain daripada Richard Mille, tengok lah sendiri betapa 'handsomenya' jam nih!