Stop! Jangan Picit Jerawat Pada Muka - 5 Kesalahan Yang Sering Anda Lakukan Terhadap Parut Jerawat

GAYA HIDUP
August 29, 2018 - 05:05 PM


Baik pada lelaki, mahupun wanita dekat luar sana, perkara yang kita sering risau adalah bila muka berparut disebabkan kesan jerawat. Walaupun ada segelintir lelaki dan wanita yang tak kisah pasal jerawat pada muka ni, untuk yang menjaga muka, korang teruskan pembacaan okay?

Jerawat, sama ada disebabkan oleh stress mahupun muka bermasalah memang kadang kala akan menganggu sedikit sebanyak keyakinan seseorang. Terutama kalau skop kerja kita memerlukan kita berjumpa dan bercakap dengan orang.

Selain daripada jerawat, kita kadang kala lebih risau kalau-kalau jerawat tu akan tinggalkan parut pada muka. Bila dah ada parut, mulalah kita akan kelam kabut cari dan cuba segala produk dan cara untuk hilangkan parut yang ada secepat mungkin.

Yes, ada beberapa produk yang sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat ni. Tapi, sebelum kita bincangkan pasal produk, apa kata kita cegah dulu daripada muka berparut disebabkan jerawat. Antara sebab parut jerawat susah hilang ni sebenarnya pada diri kita sendiri.

Contoh paling senang, picit jerawat. Bila ada jerawat sikit, pantang nampak, mesti nak picit. Ini salah satu sebab kenapa muka kita berparut. Dan antara habit yang lain selalu kita tak perasan tapi boleh menyebabkan parut pada muka disebabkan jerawat ialah :-

#1. Selalu/ Terlalu Lama Habiskan Masa Depan Cermin

Duk tenung-tenung jerawat kat muka tu. Ini bukanlah salah. Part yang salah tu, bila kita selalu sangat tenung, jerawat kecik yang orang lain sebenarnya tak perasan pun kita rasa orang akan perasan. Lepas tu, mula lah duk usik-usik jerawat tu. Ini yang salahnya. Jangan diusik sepatutnya. Kita hanya akan lebih burukkan keadaan, daripada kecik, jerawat akan jadi besar dan akan merebak.

Lagi teruk, dia akan pecah (sebab dipicit) dan akan menjadi parut pada muka.

 

#2. Make Up Terlalu ‘Berat’

Kadang kala, untuk menutup segala jerawat yang ada, kita akan tempek make-up tebal. Untuk jangka masa pendek, memang berkesan. Tapi, hakikatnya boleh mendatangkan kerosakan pada kulit, kepada jerawat pulak, ia akan membuatkan parut jerawat semakin teruk.

Jadi untuk yang ada jerawat pada muka tu, jangan pakai make-up tebal-tebal pulak. Berparut nanti lagi susah.

 

#3. Muka Tidak Dibersihkan Secukupnya

Setiap hari, muka kita ‘berdepan’ dengan macam-macam perkara. Selalunya peluh dan kotoran yang melekat pada kulit. Tak lupa juga untuk korang yang selalu tetidur sebtelum sempat bersihkan make-up.

Walaupun menurut pakar dermatologi tidak ada bilangan yang ditentukan untuk ‘cara betul’ untuk membersihkan muka, mengikut kajian, sesiap yang mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari biasanya akan mempunyai kulit muka yang lebih sihat.

Dua kali bilas setiap cucian. Dah macam cuci baju pulak. Tapi itulah yang disyorkan. Bilasan pertama untuk hilangkan segala kotoran, minyak dan make up seterusnya pula untuk membersihkan kulit. So, dua kali.

 

#4. Bersihkan Bahagian Muka Dahulu Waktu Mandi

Rutin mandi setiap orang berbeza, betul tak? Ada yang mula dari badan, ada mula dari kaki, ada mula dari kepala. Tapi biasanya akan melibatkan 3 bahagian : badan, muka, rambut.

Kesalahan yang selalu orang buat adalah basuh bahagian muka dahulu sebelum rambut. Ha, seeloknya kita settlekan bahagian rambut dahulu. Bersihkan segala shampoo dan conditioner pada rambut, dah betul betul bersih, baru mulakan pada muka.

Muka kena last, sebabnya nanti masa cuci muka, kita boleh bersihkan conditioner atau shampoo yang melekat pada rongga-rongga muka tadi, selain daripada kotoran-kotoran yang ada.

 

#5. Produk Tak Sesuai Dengan Muka

Ini kesilapan besar yang selalu orang buat tapi secara tak perasan. Perasan bila muka dah teruk je. Lepas tu salahkan produk tak bagus. Heh! Sama jugak kesan dia bila terlalu banyak cuci muka, muka akan kering.

Ada sesetengah produk agak kuat dan tak sesuai dengan kulit muka. Tambah pulak kulit kita ni jenis sentitif, kenalah cari produk untuk kulit sensitif.

Untuk hilangkan parut jerawat, cuba korang gunakan Bio-Oil.

Selain boleh hilangkan parut jerawat, Bio-Oil boleh hilangkan stretch mark dan jadikan tona kulit korang sekata semula. Yelah, muka yang terdedah dengan panas matahari, mesti buat sebahagian muka jadi satu atau dua tona lagi gelap kan.

Selain menggunakan bahan semula jadi, Bio Oil boleh membantu untuk kurangkan parut yang ada disebabkan sikap kita yang dilakukan tanpa sedar macam contoh-contoh dekat atas tadi. Terdapat dalam size 60ml (RM34.95), 125ml (RM58.25) ataupun 200ml (RM79.45).

Kebiasaanya, orang akan takut nak cuba produk baru takut susah nak dapat kan? Kalau Bio-Oil, korang tak perlu risau. Boleh dikatakan semua farmasi-farmasi utama ada jual. Sebut je apa, Guardian, Watsons, Caring, semua ni ada produk Bio-Oil tau.

Oh, untuk dapatkan Bio-Oil, online boleh klik link dibawah. Ada promosi Bio-Oil 60ml pada harga RM25 (promosi sah sehingga hujung bulan sahaja.) Masukkan code : MYHERL25  ketika  nak buat pembelian di link atas tu ye...

DAPATKAN BIO-OIL DISINI

Untuk maklumat lanjut pasal Bio-Oil, korang boleh ke laman web diorang : Bio-Oil