Langkah-Langkah Awal Anda Perlu Buat Jika Seranggan Memasuki Telinga

GAYA HIDUP
August 03, 2018 - 11:32 AM


Malang tak berbau, kadang-kandang benda sebegini akan terjadi dalam kita tidak sedar. Mungkin bukan sekarang kita akan alami, atau mungkin bukan kita yang akan kena tapi bila ianya berlaku setidaknya kita tidak panik dan boleh bertindak dengan waras.

Langkah-langkah ini dikongsi oleh @Dr_Shaiful di laman twitter dan dan telah di ubah suai mengikut kesesuaian pembaca rileklah. 

"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga" - Ini adalah situasi yang doktor alami di klinik 2 hari yang lepas. Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda?

1) JANGAN PANIK/KALUT

Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.

2) JANGAN CUBA MASUKKAN "CoTToN BUDs" / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA

Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA

Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN.

Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL  

Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

*******

Semoga tip ini bermanfaat dan boleh dikongsikan kepada mereka yang memerlukan.

KeN - So far hanya semut je yang pernah singgah dalam telinga ni tu pun dah perit sangat dah. Mintak di jauhkan dari serangga singgah di dalam telinga ini.