Aksesori Lelaki Yang Kekal Diminati Sejak Berzaman

GAYA HIDUP
August 13, 2018 - 03:42 PM


Walaupun rangkaian aksesori untuk lelaki ni tak sebanyak yang ada di pasaran untuk wanita, namun bukan bermakna lelaki ni tak minat pada aksesori. Aksesori seperti jam, cermin mata gelap, topi dan sebagainya sentiasa menjadi pilihan untuk melengkapkan stail seseorang lelaki.

Beberapa aksesori yang ada untuk lelaki mempunyai keunikan tersendiri dan ada yang kategori ‘vintaj’. Dari dulu, sampailah sekarang, ianya masih sama dan masih ‘masuk’ dengan gaya dan stail masa kini, walaupun zaman dah berubah.

Ini antara aksesori lelaki yang kekal diminati hingga hari ini.

#1. Cufflinks

Lebih kepada aksesori kepada golongan yang kerja di pejabat dan memakai kemeja, cufflinks dipakai bersama kemeja yang mempunyai lubang tersendiri mengikut potongan dan kain kemeja itu sendiri.

Biasanya, lengan baju akan dilipat dua supaya tebal dan ini akan menjadikan baju yang mempunyai lubang cuff lebih kemas dan tersusun.

Ada beberapa jenis cufflinks terdapat di pasaran antaranya jenis besi, kain sutera dan besi berfabrik. Antara jenama terkemuka yang menghasilkan cufflinks ialah Gucci, Prada, Montblanc dan Tiffany & Co.

 

#2. Pocket Square

Poket Square adalah aksesori pelengkap yang ddiletakkan pada poket jaket atau sut.

Sebenarnya pocket square diperkenalkan buat pertama kali sekitar tahun 1920 an dimana ia digunakan untuk menyerlahkan ke-‘gentelman’-an seseorang lelaki dalam budaya Inggeris dahulu.

Kalau nak diikutkan, sekiranya seorang lelaki zaman dahulu ternampak gadis mengesat-gesat hidung atau airmata, para lelaki akan menarik keluar pocket square dan akan diberikan pada gadis tersebut.

 

#3. Tali Pinggang Kulit

Aksesori yang boleh dikatakan tak akan ‘mati’ dan sentiasa menjadi pilihan lelaki diluar sana. Selain tahan lama (melainkan korang beli dekat pasar malam), tali pinggang kulit menjadi pelengkap gaya baik yang tua mahupun yang muda.

Selain daripada mengelakkan seluar terlondeh, tali pinggang kulit biasanya menjadikan seseorang itu nampak kemas, dan lengkap. Nampak janggal sekiranya pakai kemeja, bertali leher, kasut kulit, tiba-tiba tali pinggang tak ada, seriously, nampak janggal.

 

#4. Jam Tangan Besi

Jam tangan merupakan salah satu aksesori lelaki yang sangat penting; selain menunjukkan si pemakai tu pentingkan masa (walaupun kadang-kadang pakai jam kemain mahal, tapi lambat jugak).

Walaupun begitu, pemilihan jenis jam agak penting sekiranya kita pentingkan stail. Tak kena kalau pakai sut, jam bertali kanvas, ataupun tali berwarna warni.

Jam tangan stainless steel adalah salah satu aksesori yang versetail, semua gaya padan. Cuma ia kebiasaannya berat namun tahan lama dan masih menjadi pilihan ramai.

 

#4. Dompet Kulit

Antara aksesori yang sering lelaki yang lahir sekitar 80-an atau 90-an semestinya dompet kulit. Praktikal, fleksibel dan nampak professional, itulah sebab kenapa sehingga hari ini, dompet kulit sentiasa menjadi pilihan para lelaki.

Selain daripada kualiti pembuatannya yang membolehkan ia bertahan lama, ia dikatakan boleh ‘menaikkan’ aura seseorang ketika berurusan, lagi-lagi yang melibatkan pembayaran.

 

#5. Cermin Mata Aviator

Kalau nak diikutkan, asalnya cermin mata jenis ini hanyalah dipakai oleh pemandu kapal terbang, sehinggalah melekat namanya aviator sunglasses.

Dicipta sekitar tahun 1936 oleh Baush & Lomb, cermin mata ini memberikan klasik look dan menyerlahkan sisi maskulin buat pemakai.

Antara jenis aviator yang terkenal, popular dan masih diteruskan sehingga kini adalah Ray-Ban Aviators

So, macam mana? Ada berapa aksesori-aksesori ni yang ada dalam koleksi korang?