10 Negara Murah Patut Ada Dalam Senarai Travel Anda 2019

TRAVEL
September 03, 2018 - 05:49 PM


Sebagai kaki travel, merancang percutian harus dimulai dengan seawal mungkin, banyak kelebihan yang kita boleh dapat bila kita rancang awal ni. Termasuk apply cuti dan dapatkan harga hotel serta penerbangan.

Kebiasaanya aku akan plan setahun awal terutama kalau trip jauh-jauh yang perlukan bajet yang tinggi dan temph yang pangjang. Tapi kadang-kadang ada juga trip last minit aku buat dan trip itu akan jadi kelam kabut sikit.

Kita pun dah masuk bulan september jadi tahun 2018 dah hampir ke penghujung tapi masih boleh sahaja nak rancang percutian untuk tahun ini.

Berikut adalah 10 negara yang boleh dikatakan berpatutan untuk travel pada tahun 2019

1. Romania

Kalau anda kaki seni memang wajib datang ke sini, penginapan start dari RM33, tikettren sehala RM44dan semua galeri dan muzium seni kat sini tiket tak sampai pun RM10.

2. Indonesia

Tak perlu descibe lebih lagi sebab Indonesia memang sudah terkenal dengan tempat bercuti yang cantik dan harga yang murah. Yang penting makanan sedap-sedap dan senang cari makanan halal.

3. Turki

Tempat bersatunya budaya timur dan barat, makanan yang sedap tempat asli Sharwarma dan pemandangan yang memukau. Tempat tinggal boleg dapat dengan harga serendah RM80.

4. Nepal

Selain dapat melihat keindahan Himalaya, anda boleh menikmati pemandangan berjalan-jalan di Kathmandu, makanan bermula dari RM8 dan penginapan serendah RM20.

5. Sri Lanka

Korang boleh tidur di tepi pandai dan boleh juga mengambil trip persendirian dari pulau ke pulau dari harga RM83. Makanan pula semurah RM20 sahaja.

6. Thailand

Terkenal sebagai shopping haeven penginapan pula adalah yang paling berpatutan dari RM15, makanan sudah semestinya sedap dengan harga RM2 pun boleh dapat, pengangkutan pula RM1 pun boleh naik.

7. Kemboja

Kemboja merupakan antara negara Asia Tenggara paling banyak dikunjungi di sebabkan kekayaan budaya. Korang boleh cari makanan dengan harga RM6 dan boleh sewa tuk-tuk seharian untuk kelilingi Angkor Wat semurah RM53. 

8. Afrika Selatan

Kat sini korang boleh enjiy memorable visit ke Safari dan juga juga sesuai kalau nak travel bulan Mac - Mei dan September - Oktober. Hotel pun murah start dari RM40 dan makan bermula dari RM15. Ni harga matawang naik tau. Imagine kalau matwang jatuh. Lagi murah!

9. Peru

Paling murah pada April dan Mei atau September dan Oktober. Harga penginapan dari RM30, makanan boleh dapapt dengan harga RM4 dan teksi serta bas pun murah, try lah usha negara Amerika Selatan ni. Baru rare sikit. Pastu boleh pergi Manchu Pichu sekali 

10. Nicaragua

Merupakan salah satu negara terbesar di Amerika Syarikat, tarikan yang ada di Nicaragua adalah bangunan warna warni, ombak cun untuk surfing dan kaya dengan budaya yang menarik. Penginapan pula amat berpatutan. Harga semurah RM25. Makanan pulah RM4 pun dah boleh dapat.