Kenali Khabib Nurmagomedov - Tewaskan McGregor Dengan Sambo

October 09, 2018 - 02:58 PM


Nama Khabib menjadi sebutan ramai sejak hujung minggu lalu selepas berjaya menewaskan ‘ikon’ sukan UFC iaitu “The Notorious” Connor McGregor. Walaupun pihak media lebih besarkan insiden yang berlaku selepas perlawanan tersebut, ramai peminat mahu menyaksikan perlawanan Khabib yang seterusnya.

Kita tolak tepi dahulu kontroversi yang melanda, jom kita kenal bintang UFC yang bernama Khabib Nurmagomedov ini.

Khabib Nurmagodoev atau nama penuhnya Khabib Abdulmanapivich Nurmagodov ini dilahirkan pada 20 September 1988 dan merupakan mixed martial artist profesional dari Russia. Selepas perlawanan dengan McGregor kelmarin, rekod terkini Khabib adalah 27-0-0 dan setakat ini beliau adalah pemegang rekod tanpa kalah paling lama di MMA dengan 27 kemenangan.

Khabib juga adalah warga negara Russia yang pertama memenangi tali pinggang kejuaraan UFC dan juga juara dunia dua kali dalam Combat Sambo! Teknik Sambo inilah yang digunakan untuk menewaskan McGregor, sehingga McGregor menyerah kalah.

Seperti petarung UFC yang lain, Khabib juga mempunyai nama timangan iaitu ‘The Eagle’ dan berasal dari Dagestan Russia. Berumur 30 tahun, dengan ketinggian 5’10 (177cm), berat badan 70kg.

Latihan :

Sesi latihan Khabib dimulakan dengan larian selama 30 minit pada waktu pagi, kemudian terus ke makan tengah hari dan sparring. Latihan grappling dan serangan dibiat pada waktu malam.

Bila dan kenapa berlatih untuk berlawan?

Menurut Khabib, dibawah kendalian bapanya beliau mula menyertai MMA pata tahun 2008. Beberapa anugerah Sambo juga turut dimenangi dalam masa yang sama. Pada perlawanan pertamanya, Khabib menewaskan lawan pada pusingan ke-dua dengan submission.

Anugerah selain UFC ?

Dua kali juara Combat Sambo Russia, Dua kali juara Dunia Sambo

Apakah perasaan bertarung di UFC?

Mengikuti dan menonton setiap perlawanan UFC, bertarung di arena UFC adalah impian Khabib sejak kecil. Menceritakan kisahnya waktu kecil, Khabib lebih gemar menonton UFC manakala kanak-kanak lain waktu itu sibuk bermain permainan video

Seorang Graduan

Kalau korang nak tahu, Khabib adalah graduan daripada Financial Academy dengan kupujian!

Perkerjaan Sebelum Mula Bertarung?

Sesetengah atlet UFC mempunyai karier lain sebelum berlawan sepenuh masa, tetapi bukan Khabib. Dedikasi terhadap berlawan sejak mula dan selain di UFC, beliau akan melatih kanak-kanak dan remaja sukan gusti.

Ranking dalam seni mempertahankan diri?

Beliau terkenal di peringkat antarabangsa dan diakui Master dalam Sambo

Jom kita tengok apa dia Sambo dan bila masa yang dia gunakan menentang McGregor.

Ini dia apa tu Sambo...

Ini dia pergerakan yang dia gunakan... sehingga McGregor tap-out...