Capital 21 : Taman Tema Tertutup Terbesar Asia Tenggara, Ada Di Johor

TRAVEL
October 11, 2018 - 05:26 PM


Selepas ini, Malaysia akan ada dua taman tema tertutup di dalam mall. Satu di Berjaya Times Square dan terbaru, Capital 21 yang akan dibuka di Johor tak lama lagi.

Pusat beli belah yang berkonsepkan taman tema tertutup ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara, dan akan dibuka kepada orang ramai pada 17 Oktober ini! Nampaknya, selain Legoland, ada lagi satu taman tema best di Johor nampaknya selepas ini.

 

Pusat Beli Belah Bertema

Membawakan konsep yang belum ada di Malaysia, mall ini aka nada 5 tema mengikut benua iaitu Asia, Amerika, Eropah, Australia dan Timur tengah. Lebih menarik, katanya kita seakan-akan berada seperti membeli belah di negara-negara berkenaan apabila berada dalam satu-satu tema.

 

Taman Tema Tertutup

Selain bertema, pusat beli belah ini akan mempunyai satu tarikan utama iaitu taman tema tertutup dan lebih mengujakan ialah ia merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.

Dikendalikan oleh MGM Studio, taman tema ini mempunyai dua tingkat dan dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu : Planet Muzik, Planet Movie dan Planet Kartun.

  • Cartoon Planet ditujukan khas kepada kanak-kanak yang akan mempunyai pelbagai watak animasi termasuk 'Tom and Jerry'.
  • Movie Planet akan menampilkan tema Transformers, Dinosaur World, dan Haunted House dan akan menggunakan teknologi virtuality reality (VR) yang canggih.
  • Music Planet akan menampilkan khemah sarkas dengan persembahan harian dari aksi tempatan dan luar negara seperti Great Britain Circus. Bahagian ini juga akan menjadi tuan rumah kepada acara muzik dan teater berkelas dunia.

 

Muzium Dunia

Kalau korang suka untuk belajar dan minat tentang sejarah dunia, inovasi dan sebagainya ada muzium dunia di sini yang akan memenuhi kehendak korang nanti.

 

Macam best, tak sabar pulak tunggu pembukaannya nanti. Cuma diharapkan tak jadi macam pembukaan Ikea lah, penuh sampai ke sudah.